Bentley Flying Spur Mulliner 2022 - sedan mewah Bentley yang paling mewah

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di acara Monterey Car Week yang sedang berlangsung pada ketika ini, Bentley secara rasmi melancarkan model sedan yang lebih mewah, dinamakan sebagai Flying Spur Mulliner.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Versi Mulliner ini tampil dengan beberapa kemasan menarik, seperti contoh gril hadapan dengan rekaan berbentuk berlian, serta kemasan krom pada bahagian bukaan kemasukan udara bampar hadapan.

Sementara hiasan Flying B yang bertenggek pada hud hadapan didatangkan dengan sistem pencahayaan tersendiri dan dikawal secara elektronik.
 

Flying Spur Mulliner


Penjenamaan Mulliner sebagai coachbuilder bespoke Bentley boleh didapati pada liang fender hadapan, sementara pelindung cermin sisi pula didatangkan dalam warna Satin Silver.

Keempat-empat roda pula dipasangkan dengan rim bersaiz 22 inci dengan kemasan berkilat, serta warna kelabu pada centre cap.  
 

Flying Spur Mulliner


Untuk ruang kabin, Mulliner menawarkan lapan jenis kombinasi tiga warna, salah satu daripadanya dinamakan sebagai Ascot yang terdiri daripada gandingan kulit Imperial Blue, kulit Camel, serta micro-piping berwarna putih, atau Flair dengan gandingan Hotspur and Beluga, Sirius in Brunel, serta aksen perak.

Secara standard, Flying Spur Mulliner ini didatangkan dengan pakej Mulliner Driving Specification yang merangkumi rekaan sulaman berlian pada tempat duduk, serta rekaan kulit tiga dimensi pada panel pintu, sementara penumpang belakang pula didatangkan dengan meja piknik dengan kemasan venir, diikuti konsol tengah dan belakang dengan kemasan teknikal diamond-milled.
 

Flying Spur Mulliner


Jam Mulliner yang terdapat pada papan pemuka itu pula didatangkan dengan kemasan perak yang diberus.

Pembeli Flying Spur Mulliner boleh mendapatkan pilihan trenkuasa sama ada enjin 2.9 liter V6 hibrid yang menghasilkan 536 kuasa kuda dan 750 Nm, atau enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar (542 hp/770 Nm).

Sementara pilihan enjin yang lebih berkuasa pula hadir dalam bentangan W12 bersesaran 6.0 liter dan bantuan turbo berkembar yang berupaya menghamburkan 626 hp dan 900 Nm.

Dari segi prestasi, Flying Spur Mulliner mampu memecut sepantas 4.1 saat (0-100 km/j) dengan kelajuan tertinggi 285 km/j untuk versi V6, manakala versi V8 pula lebih pantas pecutan 0-100 km/j (4.1 saat) sebelum mencapai kelajuan tertinggi 318 km/j.

Versi paling berkuasa berupaya memecut 3.7 saat dari pegun sebelum mencapai kelajuan tertinggi 333 km/j.
 

Flying Spur Mulliner


Setiap pembelian Flying Spur Mulliner akan menerima key fob kulit dalam kotak buatan tangan berjenama Mulliner, dengan penggayaan yang boleh disamakan dengan gandingan warna ruang kabin itu tadi.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pelanggan ditawarkan tujuh warna riasan seperti Mandarin, Signal Yellow, Klein Blue, Pillar Box…
Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Bersempena dengan ulang tahun kelima pembukaan Pusat Kecemerlangan Pengeluaran Madu, Bentley…