Bentley Flying Spur Hybrid - lebih jimat minyak, mampu capai jarak 700 km

oleh Mohamad Hanif|
Sedan Bentley Flying Spur Hybrid merupakan model PHEV kedua yang diperkenalkan selepas model SUV Bentayga, dan ia dikatakan model yang paling efisien dan lebih jimat minyak pernah dihasilkan oleh Bentley setakat ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menyumbang kepada penjimatan tersebut adalah penggunaan trenkuasa hibrid yang terdiri daripada enjin 2.9 liter bentangan V6 yang menghasilkan 410 kuasa kuda dan 550 Nm, serta motor elektrik berkuasa 134 hp dan 400 Nm.

Secara keseluruhannya, Bentley Flying Spur Hybrid ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 536 hp dan 750 Nm, lebih berkuasa berbanding Bentayga Hybrid dengan pecutan 0-100 km/j dalam tempoh 4.3 saat dan kelajuan tertinggi 285 km/j.

 


Pek bateri berkapasiti 14.1 kWh pula membenarkan jarak operasi sifar emisi sejauh 40 km (data WLTP) dan boleh dicas sehingga penuh dalam tempoh dua jam setengah sahaja.

Terima kasih kepada silhouette yang lebih aerodinamik serta trenkuasa V6 hibrid yang dipertingkatkan, Flying Spur Hybrid ini merupakan model yang paling efisien pernah dihasilkan dengan jarak operasi sejauh lebih 700 km.

Namun, Bentley tidak menyebut nilai sebenar bacaan penggunaan bahan api bagi model hibrid ini.

 


Model Flying Spur Hybrid ini boleh dibezakan menerusi penggunaan lencana khas pada fender hadapan, empat tip ekzos berbentuk oval di bahagian belakang serta port pengecasan yang diposisikan pada fender kiri belakang.

Sebagai sebuah model bertaraf mewah dari Bentley, anda boleh memilih warna pilihan daripada senarai 60 warna sedia ada, termasuk tujuh warna opsyen, serta penawaran pakej Blackline Specification yang menggantikan warna krom dengan warna hitam, serta hiasan hud Flying B beriluminasi.

Secara standard, Flying Spur Hybrid ini didatangkan dengan rim bersaiz 20 inci,  atau opsyen 21 inci dan 22 inci yang direka khas oleh Mulliner.

 


Memasuki ruang kabin, penampilan mewah Bentley diteruskan pada model Flying Spur Hybrid ini seperti penggunaan bahan berkualiti tinggi, pelbagai opsyen penyesuaian, serta kehadiran butang fungsi baharu E Modes untuk pemanduan elektrik penuh, Hybrid Mode yang lebih seimbang, serta Hold Mode yang mampu memaksimumkan jarak pergerakan menggunakan tenaga bateri.

Skrin infotainmen dan kluster instrumen digital turut mendapat grafik baharu untuk disesuaikan dengan trenkuasa hibrid yang terdapat pada Flying Spur Hybrid ini, dengan paparan khas seperti tahap penggunaan bateri serta jarak yang tersisa.

Harga jualan hanya akan diumumkan dalam masa terdekat.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ia dijana dengan enjin bentangan V6 2.9 liter turbo berkembar (416 PS/550 Nm) yang dipadankan…