Bentley Flying Spur 2020 - sedan sports GT terbaik di dunia (kata Bentley)

oleh Mohamad Hanif|
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Sedan mewah bersaiz penuh Bentley Flying Spur atau lebih dikenali dengan nama Continental Flying Spur sudah lama berkhidmat selama dua generasi sejak tahun 2005 sebagai sebuah varian empat pintu kepada Bentley Continental GT coupe. 

Kini, generasi ketiga telah pun selesai diperkenalkan kepada umum dan menariknya, Bentley mendakwa jentera Flying Spur 2020 ini merupakan "jentera mewah Grand Touring terbaik di dunia".
 


Bagi menjadikan ia sebagai sebuah jentera terbaik, Bentley Flying Spur 2020 telah menggandingkan prestasi sports sedan dan teknologi termaju yang memfokuskan kepada pelanggan. 

Sebagai permulaan, casis Flying Spur ini merupakan casis serba baharu yang dibina daripada aluminium dan bahan komposit, sebelum ia diperkukuh dengan ciri bar anti-oleng aktif 48 voltan. 

Ini juga merupakan jentera Bentley pertama yang menggunapakai sistem Electronic All-Wheel Steering yang digandingkan dengan Active All-Wheel Drive dan Bentley Dinamic Ride untuk pemanduan dan pengendalian yang mempersonakan. 
 


Keselesaan penumpang juga turut dipertingkatkan dengan ciri suspensi udara jenis three-chamber yang menawarkan tetapan yang lebih meluas di antara keselesaan ala-ala limousin dan kawalan casis yang lebih sporty.

Terima kasih kepada kesemua ciri yang disebutkan di atas, Bentley percaya Flying Spur 2020 ini mampu memberikan "satu pengalaman pemanduan yang sama sekali tidak pernah diperlihatkan di dalam segmen limousin mewah sebelum ini". 

Gandar hadapan juga kini diposisikan lebih kehadapan untuk keseimbangan pengendalian yang lebih jitu, dan kesannya jarak antara roda juga kini lebih panjang dimensinya dengan penambahan kira-kira 130 mm. 
 


Dengan dimensi yang lebih panjang, ruang dalaman Flying Spur juga kini lebih luas dan mampu menawarkan keselesaan yang lebih mewah dan kemasan yang lebih terperinci. 

Penambahan dimensi ini juga turut memberikan kesan kepada rekaan luaran, di mana Flying Spur tampak lebih muskular dan lebih gagah. 

Imej tersebut turut dipertingkatkan dengan penggunaan rim baharu bersaiz 21 inci, sistem lampu utama LED Matrix potongan kristal, dan lampu belakang LED dengan logo identiti 'B'. 
 


Di bahagian dalaman pula, rekaan papan pemuka diambil secara terus daripada model Continental GT, menampilkan skrin paparan konsol tengah yang boleh berputar terdiri daripada tiga paparan utama: 

  • skrin digital 12.3 inci
  • meter analog
  • paparan kosong (digital detoxifying veneer)

Kemasan kayu pada veneer itu tadi boleh didapati dalam konfigurasi Single atau Dual Veneer, manakala untuk tempat duduk pula Bentley menyediakan sehingga 15 opsyen kulit dan pakej unik sulaman berlian Mulliner Driving Specification

Tidak cukup dengan itu, Bentley turut memperkenalkan ciri sulaman berlian tiga dimensi yang pertama di dunia pada bahagian trim pintu diperbuat daripada kulit. 
 


Sebagai sebuah kereta sedan sports mewah, Bentley menyediakan enjin 6.0 liter bentangan W12 turbo berkembar menghasilkan 626 kuasa kuda dan 900 Nm daya kilas. 

Ia dipadankan dengan transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan, membolehkan Flying Spur 2020 memecut sepantas 3.8 saat dari 0-100 km/j dan mencapai kelajuan tertinggi 333 km/j!

Bentley akan membuka tempahan untuk Flying Spur 2020 bermula musim luruh ini dan penghantaran pertama akan dimulakan pada awal tahun 2020.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Rangkaian kuasa Ultra Performance Hybrid menggabungkan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar…
Berita Global
Akan tetapi, jika anda ada sebuah sedan Bentley Flying Spur, anda boleh mendapatkan kepakaran…
Berita Global
Menurut hantaran dari FB Bureau of Customs PH, kesemua 21 unit kenderaan yang dirampas itu…