Bentley EXP 100 GT - Grand Tourer mewah sifar emisi, ciri swapandu

oleh Mohamad Hanif|

Sebagai sebuah syarikat automotif yang tertua di Britain, Bentley nampaknya lebih bersedia untuk mara beberapa langkah ke masa hadapan dengan pengenalan EXP 100 GT. 

EXP 100 GT (bersempena dengan usia Bentley 100 tahun) merupakan sebuah kereta konsep yang bakal membawakan trenkuasa sifar emisi dan mampu memandu dengan sendiri. 

Manakala dua aksara GT itu membawa maksud model yang bakal diperkenalkan ini merupakan kereta di dalam segmen Grand Tourer. 

Tiada sebarang butiran lanjut didedahkan oleh Bentley buat masa ini, namun berdasarkan video berdurasi 40 saat itu, EXP 100 GT mungkin membawakan rekaan pintu jenis scissor dan sill-plate yang berlampu. 

Menurut Bentley lagi, pemilihan bahan yang bersesuaian di dalam model ini bakal mendefinisikan semula hasil kerja tangan bertaraf premium yang tidak pernah diperlihatkan sebelum ini. 

Bentley EXP 100 GT bakal diperkenalkan secara rasmi pada 10 Julai 2019.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
“Apa yang (wanita itu) kurang bukan wang, tetapi sesuatu untuk dilakukan,” menurut berita tersebut…
Berita Global
  Penamatan itu dibuat bagi mempercepatkan rancangan Bentley untuk kesemua model menggunakan…
Berita Global
Hanya 18 unit sahaja yang akan diproduksikan, dan setiap satu dilengkapi dengan enjin W12 6.0 liter…