Pada tahun 2003, Bentley telah mencipta sejarah apabila mereka telah menyertai perlumbaan ikonik itu dalam kategori Prototype bersama jentera Speed 8 yang dikuasakan enjin V8 4.0 liter turbo berkembar.
Pada tahun tersebut, pasukan Bentley berjaya membolot tempat pertama dan kedua dalam perlumbaan itu, sekaligus membuktikan ketahanan jentera mereka.
Edisi terhad Bentley Continental Le Mans Collection itu akan dilengkapi pakej istimewa dengan pelbagai ciri lumba termasuk tema warna perlumbaan pasukan Bentley.
Apa yang menarik pada 48 unit terhad itu, ia akan dihiasi dengan injap enjin berasal dari jentera sebenar yang telah memenangi perlumbaan tersebut.
24 injap dari enjin jentera itu telah dipotong separuh dan diletakkan dalam kotak paparan pada papan pemuka model edisi terhad itu.
Bagi menambahkan lagi keistimewaannya, paparan itu juga memaparkan nombor pengeluaran khusus bagi model Bentley Continental Le Mans Collection.
Sentuhan istimewa lain termasuk jam analog tradisional Bentley, ditukar daripada format 12 jam kepada 24 jam bagi menandakan perlumbaan 24 Hours of Le Mans.
Ia turut dilengkapi plat dengan 6 lambang kemenangan pasukan Bentley sepanjang perlumbaan dalam 24 Hours of Le Mans, ia juga akan dilengkapi nombor 7 berwarna putih pada bahagian jeriji.
Edisi istimewa itu juga dilengkapi dengan warna Verdant Green dengan jalur lumba putih yang menonjol pada bahagian hud, untuk model GT, jalur lumba putih itu akan bersambung hingga ke bumbung.
Tentu sekali, edisi istimewa itu akan dilengkapi beberapa trim tempahan khas, bersama lencana khas untuk 24h bagi membezakannya dengan Continental biasa.
Setakat ini, Bentley masih belum mendedahkan harga rasmi bagi model koleksi istimewa itu, 48 unit terhad itu akan dijual secara global, dan pasaran Malaysia akan menerima 1 daripada 48 unit tersebut pada suku ketiga atau keempat tahun ini.