Bentley Continental GT 2021 kini terdapat dalam 62 pilihan warna!

oleh Mohamad Hanif|
Model generasi ketiga grand tourer Bentley Continental GT diperkenalkan pada tahun 2018 dan dibangunkan berdasarkan platform MSB Volkswagen yang berkongsi dengan model generasi kedua Porshe Panamera.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Setelah kira-kira dua tahun pengenalan ke pasaran, Bentley mahu menawarkan sesuatu yang unik kepada para pembeli coupe dua pintu tahun pembuatan 2021 itu dengan tambahan warna pilihan yang cukup banyak.

Tiga warna baharu yang dimasukkan ke dalam senarai adalah Viridian, Patina dan Snow Quarts, dan penambahan ketiga-tiga warna ini menjadikan jumlah keseluruhan warna yang boleh dipilih adalah sebanyak 62, selain ciri peribadi yang mampu mencapai sehingga 10 bilion pilihan!

Jadi kaya pun pening kepala juga nampaknya.

 


Menurut Bentley, wanra Viridian merupakan pendekatan moden yang diambil terhadap warna klasik British Racing Green dengan rona zamrud gelap metalik yang diinspirasikan daripada model konsep Bentley EXP10 Speed 6.

Manakala warna Patina pula menggambungkan elemen champagne dan sutera yang diinspirasikan daripada pemandangan atmosfera cantik dan aura logam yang digilap, serta menampilkan elemen hijau yang cukup halus.

Seperti nama yang digunakan, Snow Quartz secara asasnya merupakan warna putih dengan tiga lapisan cat pearlescent.

 


Selain daripada tiga warna baharu, kesemua varian model Continental GT coupe ini turut mendapat opsyen bumbung kaca panoramik yang sebelum ini dikhususkan untuk model bernadikan enjin W12 sahaja.

Ruang dalaman menampilkan rekaan stereng yang direka semula dengan ciri penderia kapasitif yang mampu mengesan sekiranya pemandu mengalihkan tangan daripada kawalan roda stereng ketika memandu - satu ciri pra-syarat yang diperlukan untuk sistem bantuan pemanduan semi-autonomi.

Dari segi penawaran enjin, Bentley Continental GT didatangkan dengan dua pilihan enjin iaitu enjin bentangan W12 bersesaran 5,950 cc turbo berkembar (635 PS/900 Nm) atau enjin V8 3,993 cc turbo berkembar (550 PS/770 Nm) dipadankan dengan transmisi klac berkembar lapan nisbah kelajuan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Juga kali pertama dalam sejarah Continental GT, model berhud (convertible) Continental GTC…
Berita Global
Namun, perpindahan beliau ke sana bukannya murah, di mana pasukan Al-Hilal perlu membayar £78 juta…
Model Terbaharu
Pada tahun 2003, Bentley telah mencipta sejarah apabila mereka telah menyertai perlumbaan ikonik…