Bentley Bentayga V8 Design Series, SUV mewah bertambah mewah

oleh Muhammad Md Tajudin|
Satu perkara tentang pengeluar kereta super mewah ialah pendapatan syarikat bukan hanya daripada menjual kereta. Pendapatan syarikat turut diraih melalui jualan model yang diubahsuai mengikut citarasa pembeli yang kadang kala lebih tinggi daripada harga kereta itu sendiri.

Pembeli yang berada dalam kelompok ini mahukan sesuatu yang berbeza dan eksklusif dan di sinilah khidmat pengubahsuaian diperlukan.

Ada yang mahu dalaman dibalut kulit dan corak tertentu dan juga bahagian luaran dengan warna pilihan peribadi.

Ini pula tawaran khusus daripada Bentley untuk pelanggan SUV Bentayga yang mahukan sesuatu berbeza dan eksklusif.

Kemewahan SUV super mewah ini diserlahkan lagi dengan Bentley Bentayga V8 Design Series yang tampil eksklusif dan istimewa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Bentayga V8 Design Series

 

Bentayga V8 Design Series dihasilkan dengan tangan di Crewe, England dan berada dalam siri model istimewa lain seperti Bentayga Speed dan Bentayga Hybrid.

Bahagian dalaman V8 Design Series ditawarkan dalam palet Duotone dengan empat warna dan tema iaitu Pillar Box Red, Orange, Mulliner White dan Klein Blue. Tema warna tersebut diserikan dengan kemasan berwarna kontras.

Papan pemuka dan pintu dikemaskan dengan corak gentian karbon yang direka khas untuk Bentayga V8 Design Series. 

Bahagian luaran Bentley ini menggunakan spesifikasi Bentayga Blackline dengan apron bampar berwana sama seperti badan dan empat muncung ekzos berwarna hitam kilat.

 

Bentayga V8 Design Series

 

Rekaaan luar menyerlah dengan rim Mulliner Paragon tujuh rongga berwarna Palladium Grey. Menariknya, logo B pada rim akan sentiasa kekal berada dalam kedudukan vertikal walaupun tayar sedang berputar.

Fungsi tersebut hasil daripada penggunaan mekanisma pemberat supaya logo B kekal tidak berputar mengikut rim.

Enjin V8 pada SUV super mewah ini bersesaran 4.0 liter petrol dengan kuasa 542 bhp dan daya kilas 770 Nm. Kelajuan maksimum ialah 290 km/j dengan pecutan 0 hingga 100 km/j dalam masa 4.4 saat sahaja.

Sama seperti Bentayga lain, sistem pacuan kesemua roda (AWD) Design Series dilengkapi Electronic Differential Lock dan empat mod Drive Dynamic dalam memacu SUV ini ke pelbagai destinasi yang diinginkan.

 

Bentayga V8 Design Series

 

Keupayaan SUV super mewah ini terserlah dengan mod Sport yang mengubah karakter kepada lebih dinamik, bunyi ekzos yang lebih galak dan larasan suspensi lebih tegar. Bukan setakat mewah, pemanduan juga mempunyai karakter tersendiri.

Berapakah harga Bentayga V8 Design Series ini? Maaf jika anda berminat kerana Bentley tidak mendedahkannya lagi.

Sebagai rujukan, Bentley Kuala Lumpur menawarkan Bentayga W12 di bawah RM2 juta sahaja.

Lebih citarasa dengan pilihan tersendiri lebih tinggi harganya.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dibangunkan di Crewe, England, Bentayga edisi khas V8 Design Series didatangkan dengan ciri-ciri…