Bentley Bentayga V8 Design Series - 1 unit sahaja, harga dari RM1.045 juta

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada Bentley Bentayga V8 Design Series, SUV yang paling mewah di dunia dan menampilkan elemen unik Mulliner di luar dan di bahagian dalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dibangunkan di Crewe, England, Bentayga edisi khas V8 Design Series didatangkan dengan ciri-ciri Mulliner seperti rim aloi Palladium Grey Paragon daan juga Self Levelling Wheel Badges, sementara ruang dalaman pula menampilkan rekaan tenunan gentian karbon serta warna Duotone yang didapati untuk kali pertama.

 


Selain daripada itu, ruang kabin turut dihiasi dengan tempat duduk kulit Beluga serta penggunaan warna kontras pada konsol dan juga bahagian bawah papan pemuka.

Sulaman minimalis Design Series boleh didapati di bahagian belakang tempat duduk, manakala ruang tengah papan pemuka pula menampilkan jam tangan elegan Breitling yang dihiasi dengan berlian.

 


Bentley Bentayga V8 Design Series ini didatangkan dengan enjin bentangan V8 4.0 liter generasi baharu yang mampu menghamburkan 542 kuasa kuda dan 770 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi ZF automatik lapan nisbah kelajuan.

Atas jalan, ia mampu memecut sepantas 4.5 saat dari 0-100 km/j dengan kelajuan tertinggi 290 km/j selain memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api sekitar 13 liter untuk setiap 100 km.

 


Bentayga V8 Design Series ini turut dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda, Electronic Differential Lock, serta empat mod Drive Dynamic yang mampu memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan.

Hanya satu unit sahaja ditawarkan, dan ia dijual pada harga RM1,045,000 tidak termasuk cukai dan duti yang berkaitan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bentayga V8 Design Series dihasilkan dengan tangan di Crewe, England dan berada dalam siri…