Bentley Bentayga Speed 2021 - SUV paling laju di alam semesta!

oleh Mohamad Hanif|
Memperkemaskan lagi penawaran bagi model facelift Bentayga 2021 adalah penambahan sebuah lagi varian - kali ini lebih bertenaga dan berprestasi tinggi menerusi Bentley Bentayga Speed 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SUV pantas ini hadir dengan nadi W12 berkapasiti 6.0 liter turbo berkembar yang mampu menjana 626 kuasa kuda dan daya kilas 900 Nm yang masuk penuh antara 1,500 rpm dan 5,000 rpm.

Dengan sistem transmisi automatik lapan nisbah kelajuan, Bentley Bentayga Speed ini mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat dan kelajuan tertinggi 306 km/j!

Walaupun dengan angka kuasa yang mengkagumkan, Bentley turut menitikberatkan aspek penjimatan bahan api, di mana sistem ECU mampu untuk menyahaktif salah satu seksyen VR6 pada enjin W12 itu berdasarkan informasi dari penderia kemasukan dan ekzos.

 


Beberapa teknologi lain turut dimuatkan seperti olengan aktif elektrik menggunakan sistem 48 voltan, serta sistem Torque Vectoring by Brake yang ditala khas untuk model Speed.

Dari segi luaran, Bentayga Speed menampilkan rupa luaran yang lebih sporti, terima kasih kepada penggunaan lampu utama dengan lapisan tint gelap, skirt sisi, bumper hadapan dan belakang bespoke, tip ekzos oval dan spoiler belakang yang lebih besar.

Keempat-empat roda pula dihiasi dengan rim bersaiz 22 inci dengan dua kemasan yang berbeza.

 


Sebagai sebuah Bentley, Bentayga Speed tidak dapat lari daripada penawaran pelbagai jenis warna cat badan, terdiri daripada 17 pilihan standard, 47 kemasan berbeza (Extended dan Mulliner), serta 24 pilihan warna dua tona untuk dilayangkan.

Sementara ruang kabin Bentayga Speed menampilkan kemasan pisahan warna unik, serta balutan Alcantara atau kulit pada tempat duduk, tombol gear, roda stereng, kemasan bawah papan pemuka, kemasan tiang dan lapisan bumbung.

Sistem infotainmen pula terdiri daripada skrin bersaiz 10.9 inci, manakala skrin kluster instrumen pula adalah digital sepenuhnya dan boleh menawarkan paparan yang berbeza mengikut kehendak pemandu.

 


Mahukan Bentley Bentayga Speed yang lebih gelap? Terdapat opsyen Black Specification yang menggantikan komponen krom dengan kemasan hitam berkilat atau gentian karbon, selain hadir dengan rel bumbung, rim 22 inci dan tip ekzos - kesemuanya berwarna hitam.

Spoiler bumbung juga turut boleh digantikan dengan unit yang dibina daripada gentian karbon sepenuhnya.

Tiada sebarang harga diumumkan, namun Bentley Bentayga Speed akan dijual di pasaran seperti Amerika Syarikat, Timur Tengah dan rantau Asia Pasifik.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Setiap tahun WardsAuto memgumumkan sepuluh model terbaik dan untuk tahun ini Bentley Bentayga…
Berita Global
Menurut laporan daripada Autocar, model super SUV ini bakal menjadi versi tertinggi di dalam…