Bentley Bentayga pun turut serta dalam Pikes Peak International Hill Climb!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pada hujung minggu ini bakal berlangsung satu perlumbaan epik. Bukan F1, MotoGP atau WRC yang dimaksudkan tetapi perlumbaan menuju ke puncak gunung atau Pikes Peak International Hill Climb.

Perlumbaan yang dilangsungkan di Colorado, Amerika Syarikat ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan perlumbaan hujung minggu adalah edisi ke-96!

Apa yang lebih mengujakan apabila ia bukan sahaja disertai oleh kereta dan motosikal lumba atau kenderaan prototaip tetapi juga oleh SUV mewah Bentley Bentayga.

Lebih menarik apabila Bentayga tersebut tampil dengan modifikasi minimum melalui penyertaan dalam kategori Kenderaan Produksi.

Walaupun dalam keadaan hampir standard, persiapan dan pembangunan untuk menyertai perlumbaan pendakian ini mengambil masa selama enam bulan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Bentley Bentayga

 

Penyertaan ini pula bukan sekadar melepaskan batuk di tangga apabila Bentley mengambil Rhys Millen yang merupakan juara keseluruhan dua kali Pikes Peak sebagai pelumba. Pasukan beliau juga bekerjasama dengan Bentley Motorsport untuk menyediakan Bentayga yang digunakan.

Rhys Millen adalah nama besar dalam dunia drift dan rallycross.

Berikut ialah maklumat tentang Pikes Peak dan Bentley Bentayga yang digunakan:

  • Perlumbaan dilangsungkan di litar gunung dengan pendakian 4,720 kaki
  • Jarak perlumbaan adalah 19.98 km 
  • Terdapat 156 selekoh sepanjang perlumbaan
  • Kelajuan purata minimum yang diperlukan untuk mencatat rekod dalam kategori Produksi SUV ialah 96.56 km/j
  • Bentayga yang digunakan bukan sebarang SUV, ia mempunyai kuasa enjin 600 bhp, suspensi udara adaptif dan kawalan aktif anti olengan elektrik 48V
  • SUV ini mempunyai rangka keselamatan (roll cage), sistem pengawalan pembakaran (fire suppression system), kerusi perlumbaan dan tayar Pirelli baharu
  • Ekzos sport Akrapovic menggantikan ekzos standard
  • Sebanyak 300 kg peralatan interior ditanggalkan seperti yang ditetapkan oleh peraturan perlumbaan, selain daripada itu Bentayga ini kekal standard
  • Untuk penggayaan dan aerodinamik, Bentayga Pikes Peak ini menggunakan Kit Penggayaan Bentley yang terdiri daripada splitter depan gentian karbon, diffuser, skirt sisi dan spoiler belakang aerodinamik

Menarik bukan? Sebuah SUV yang sinomin dengan Tan Sri, Dato' Seri dan Dato' digunakan untuk perlumbaan lasak menuju ke puncak gunung. Inilah idea kreatif tanpa mengira prestij!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Bentley Bentayga

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pelanggan ditawarkan tujuh warna riasan seperti Mandarin, Signal Yellow, Klein Blue, Pillar Box…
Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Selari dengan arus perdana di mana permintaan terhadap SUV semakin meningkat, Aurus kini…