Bentley Bentayga Extended Wheelbase 2023, lebih panjang, lebih luas!

oleh Mohamad Hanif|
Bentley telah menambah sebuah lagi model kenderaan mewah ke dalam barisan kenderaan sedia ada, iaitu Bentayga Extended Wheelbase (EWB) yang akan dijual disamping model SUV Bentayga standard.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding model standard Bentayga, Bentayga EWB mendapat penambahan dimensi jarak antara roda sepanjang 180 mm, menjadikan jarak sebenar bertambah daripada 2,995 mm kepada 3,175 mm.

Ia sekaligus menjadikan ruang kabin yang jauh lebih luas, dan ruang kaki yang cukup selesa untuk perjalanan jauh.
 

Bentayga


Selain itu, Bentley turut menawarkan ciri Bentley Airline Seat dengan ciri yang boleh dikawal menerusi skrin sentuh mudah alih, seperti contoh boleh dibaringkan sehingga 40 darjah, ciri pemanasan dan penyejukan, dan teknologi pengesanan iklim.

Teknologi itu tadi mampu mengesan suhu penumpang serta tahap kelembapan dan seterusnya menetapkan kemudahan seperti pemanasan, penyejukan atau kombinasi kedua-dua ciri tersebut.

Kerusi itu juga boleh mengesan tekanan dari kesemua permukaan dan melakukan pelarasan minima bagi mengurangkan keletihan penumpang ketika melakukan perjalanan jarak jauh.

Canggih bukan?
 

Bentayga


Buat pertama kalinya, Bentayga EWB menampilkan ciri pintu tutup sendiri berkuasa, diikuti dengan pintu belakang dan tempat perehat tangan tengah dengan ciri pemanas.

Ruang kabin juga boleh dihiasi dengan sistem pencahayaan ambien, di mana pada bahagian panel pintu sahaja sudah terdapat 12 unit LED pada bahagian depan, diikuti 22 unit LED pada bahagian belakang yang terlindung di sebalik kemasan kulit berlubang kecil.

Kemasan bahagian luar pula terdiri daripada rekaan jeriji hadapan yang berbeza, diikuti dengan rim 10 jejari bersaiz 22 inci dengan kemasan berkilat.
 

Bentayga


Menurut Bentley, untuk model EWB ini sahaja sudah terdapat lebih daripada 2,500 unit komponen baharu, di mana sebahagiannya dikhususkan untuk sistem stereng roda belakang yang mampu mengurangkan radius putaran sebanyak tujuh peratus kepada 11.8 meter.

Bentley Bentayga EWB ini boleh didapati dalam versi empat tempat duduk, lima tempat duduk, serta susun atur terbaharu 4+1, di mana kesemua versi itu dikuasakan oleh nadi V8 turbo berkembar 4.0 liter yang mampu menjana 542 kuasa kuda dan 770 Nm, serta pecutan 0-100 km/j sepantas 4.6 saat dan kelajuan tertinggi 290 km/j.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pelanggan ditawarkan tujuh warna riasan seperti Mandarin, Signal Yellow, Klein Blue, Pillar Box…
Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Selari dengan arus perdana di mana permintaan terhadap SUV semakin meningkat, Aurus kini…