Bentley anjur trip eksklusif 5H4M di UK berharga RM64 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Pelbagai cara dilakukan oleh pengeluar automotif dalam usaha untuk memberikan pengalaman pemilikan yang terbaik kepada para pelanggan mereka.

Di Eropah, jenama mewah Britain Bentley menganjurkan program trip selama lima hari empat malam kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menikmati pengalaman perjalanan Britain yang terbaik, selain berpeluang membawa sendiri model-model seperti Flying Spur, Continental GT dan Bentayga.
 

Bentley


Perjalanan sejauh 644 km itu menyajikan pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan dari Crewe ke Scotland, di mana mereka akan dibawa memandu melalui kawasan Peak District, Yorkshire Dales, serta Cairngorms di Scotland.
 

Bentley


Bukan itu sahaja, Bentley turut menyajikan pelbagai pengalaman menikmati makanan mewah di restoran bertaraf bintang Michelin, termasuklah hidangan eksklusif di kilang Bentley yang hanya menggunakan bahan-bahan yang ditanam khusus dalam radius 41 km pada hari pertama.
 

Bentley


Bentley menawarkan sehingga empat sesi sepanjang tahun 2022, dan yang paling penting, penyertaan adalah terbuka kepada semua pihak, termasuk mereka yang tidak langsung memiliki mana-mana kenderaan berjenama Bentley.

Yuran untuk perjalanan selama lima hari empat malam itu bermula dari £11,350, dan pada hari terakhir anda boleh memilih untuk mendapatkan perjalanan balik terus dari Aberdeen International Airport, atau menikmati perjalanan keretapi ikonik Caledonia Sleeper ke London untuk menyambung percutian.
 


Butiran lanjut berhubung itinerari, pemilihan tarikh dan pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan di bawah:

BENTLEY EXTRAORDINARY JOURNEY UK

Berita Berkenaan

Berita Global
“Apa yang (wanita itu) kurang bukan wang, tetapi sesuatu untuk dilakukan,” menurut berita tersebut…
Berita Global
  Penamatan itu dibuat bagi mempercepatkan rancangan Bentley untuk kesemua model menggunakan…
Berita Global
Hanya 18 unit sahaja yang akan diproduksikan, dan setiap satu dilengkapi dengan enjin W12 6.0 liter…