Bengkel PERCUMA 'Deep Dive' untuk Ranger Raptor bagi pelanggan baharu dan sedia ada

oleh SALINA JALIL|
Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan ‘Bengkel Deep Dive Ranger Raptor’. Inisiatif adalah PERCUMA untuk memberikan pengetahuan mendalam kepada pelanggan baharu dan sedia ada tentang fungsi dan keupayaan Ranger Raptor.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Dikendalikan oleh pakar permotoran berpengalaman, para peserta akan belajar tentang bagaimana untuk memaksimumkan pelbagai ciri dan fungsi teknologi tinggi yang terdapat pada Raptor termasuk penggunaan Sistem Pengurusan Permukaan (TMS) trak – iaitu sistem enam mod pemanduan pra-set untuk pengendalian permukaan jalanan  dengan kadar putaran dail sahaja.

 

Selain itu, latihan aspek-aspek kejuruteraan trak juga akan diajar untuk mengecapi pemanduan yang dinamik – trek yang lebih luas, ketinggian yang ditingkatkan, dapra lebar, suspensi perlumbaan FOX Racing Shox, tayar yang lebih besar dan lebar dengan plet hentaman bawah yang besar.

 

 

“Sasaran bengkel ini adalah untuk memberi para pelanggan pengalaman yang bermanfaat secara langsung. Topik-topik yang dibentangkan oleh pakar-pakar permotoran berpengalaman turut membolehkan para peserta menghargai dan lebih memahami trak lasak berkelajuan tinggi yang unggul di pasaran ini," kata Syed Ahmad Muzri bin Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion.

 

Bagi memastikan bengkel yang efektif, pendekatan yang diambil adalah dengan membahagikan para peserta kepada kumpulan yang kecil dan tidak melebihi 10 peserta dipraktikkan. 

 

Para peserta juga digalakkan untuk menjemput rakan-rakan menghadiri bengkel bagi mendapatkan promosi "Refer-a-Friend". Promosi tersebut membolehkan peserta menerima kad petrol bernilai RM500 sekiranya rakan-rakan mereka membeli samada Ranger WildTrak atau Ranger Raptor. 
 

 

Para pelanggan yang berkeluarga dan ingin membawa anak-anak juga dialukan kerana sudut kanak-kanak akan disediakan supaya ibu-bapa berpeluang untuk turut sama terlibat di dalam bengkel ataupun perbincangan.

 

Tarikh dan lokasi sembilan ‘Bengkel Deep Dive Ranger Raptor’ adalah seperti berikut: 

 

Date

Location

07-Sep

Ford Johor Bahru, Auto Lumina

14-Sep

Ford Melaka, Sing Kwung

21-Sep

Ford Puchong, Star East

05-Oct

Ford Penang, SDAC Juru

12-Oct

Ford Muar, Ang Trading

19-Oct

Ford Ipoh, SNS Kembara Utama

02-Nov

Ford Kota Bharu, Tugu Etika

16-Nov

Ford Ampang, Trio Mantap

30-Nov

Ford Petaling Jaya 2, SDAC PJ2

 

Pendaftaran kini telah dibuka kepada yang berminat. Anda digalakkan untuk menghubungi dan mendaftar di mana-mana bilik pameran Ford kerana tempat adalah terhad. Nombor untuk dihubungi boleh didapati di https://www.sdacford.com.my/locate-a-dealer#!/list

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada 2023, SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi dengan 8,858 unit Ford Ranger dan…
Berita Domestik
Ia merupakan sebuah program yang menawarkan model-model kenderaan Ford terpakai yang mendapat…
Berita Domestik
Semenjak diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022, Generasi baharu Ranger dan Ranger…