Bengkel motosikal jadi makmal dadah diserbu

oleh Mohamad Hanif|
Polis menyerbu sebuah bengkel motosikal yang dijadikan sebagai makmal pemprosesan dan pengedaran dadah di sebuah rumah dekat Kampung Permatang Keriang, Sanglang semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, tokan dadah yang juga mekanik berusia 31 tahun bersama pelanggannya berusia 28 tahun ditahan ketika sedang berada di luar makmal berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata turut dirampas 51 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai hampir RM6,000 bersama wang tunai berjumlah RM1,159 dan peralatan pemprosesan dadah yang berada di dalam rumah suspek serta makmal berkenaan.

“Dalam serbuan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Anuar Jusoh, semalam pihak kami menerima maklumat mengenai sebuah bengkel yang dijadikan sebagai pusat pengedaran dadah dimiliki oleh seorang mekanik di sekitar Sanglang.

“Jika dilihat, bengkel berkenaan didirikan di bahagian belakang rumah suspek dan bertujuan bagi mengaburi mata pihak berkuasa selain kamera litar tertutup dipasangkan pada sebatang pokok bagi melihat pergerakan orang luar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Wari berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah namun dia begitu dikenali dalam kalangan penagih sebagai tokan dadah sekitar Sanglang dan Simpang Empat.

“Hasil ujian air kencing ke atas mereka mendapati, positif dadah jenis syabu selain pelanggannya itu mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.

“Mereka akan direman pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, bengkel motosikal milik bumiputera yang boleh dikatakan terkenal dikalangan pengguna…
Berita Domestik
Menurut laporan Sinar Harian, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Mohd Fauzi Mohd…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi itu bertujuan…