Bengkel laku modifikasi haram bakal ditutup dan digantung lesen

oleh HEZERI SAMSURI|
Setiausah Agung Kementerian Pengangkutan, Isham Ishak berkata pihak kementerian sedang merangka pindaan akta untuk mengekang aktiviti lumba haram dengan lebih efektif.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Isham berkata masalah lumba haran dan rempit bukan hanya terbatas ke negara Malaysia tetapi juga negara-negara jiran.

"Negara-negara itu sudah mula memerangi gejala tersebut dan Malaysia juga mampu melakukannya," ujar beliau.

Antara cadangan yang bakal dibentangkan ialah memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menutup dan menggantung lesen perniagaan bengkel-bengkel yang melakukan modifikasi haram untuk kenderaan-kenderaan.

Sebelum itu, beliau sudah menyebut beberapa lagi cadangan lain seperti meningkatkan jumlah denda untuk mereka yang terbukti terbabit di dalam lumba haram dari RM300 kepada RM10,000.

Ibubapa yang membenarkan anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun untuk terbabit di dalam perlumbaan haram juga akan dikenakan tindakan undang-undang.

Sementara itu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong juga pernah menyatakan bahawa selain dari Mat Rempit, mereka yang terbukti memandu semasa dalam keadaan khayal akibat dadah dan juga aktviti "basikal lajak" akan juga diberikan hukuman yang lebih berat.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Era Maju Automobil (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat berpusat di Johor Bahru,  dipilih menjadi sebagai…
Berita Domestik
“Kejadian mengakibatkan sebuah kereta Toyota Corola, dua Perodua Kancil, dua Proton Wira dan sebuah…
Informasi
  Katanya, beliau tergerak untuk menghulurkan bantuan itu, apabila melihat banjir kali ini yang…