Benelli VZ125i 2022 dapat warna baharu, harga dari RM5,838

oleh Mohamad Hanif|
MForce telah pun melancarkan secara rasmi Benelli VZ125i edisi khas (N1) yang didatangkan dalam warna baharu, iaitu kuning, merah perang dan juga biru cair.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Benelli VZ125i ini digerakkan oleh nadi silinder tunggal 124 cc SOHC yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 8.4 hp @ 7,500 rpm, serta daya kilas 9.2 Nm @ 6,000 rpm yang dipadankan dengan transmisi CVT.
 

VZ125i


Antara kelengkapan yang dimuatkan termasuklah lampu utama LED, lampu nyalaan siang DRL, paparan meter digital, suspensi depan teleskopik, penyerap hentak tunggal KYB di belakang, serta sistem brek cakera pada roda hadapan.

Selain daripada itu, ia memiliki kapasiti tangki bahan api sebesar 4.9 liter, slot pengecasan USB pada bahagian bawah tempat duduk, ruang untuk penyimpanan barang kecil, serta cangkuk penyangkut tek tarik.
 

VZ125i


Benelli VZ125i boleh didapati pada harga bermula RM5,838 tidak termasuk insurans dan cukai jalan, serta didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (yang mana terdahulu).

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
SYM Maxsym mula diperkenalkan pada tahun 2020 dengan nama Maxsym TL500, ia hadir dengan kapasiti…
Pelancaran Motosikal
SYM Husky 150 didatangkan dengan dua pilihan variasi, iaitu variasi Standard dan juga variasi…
Pelancaran Motosikal
Dengan pelancaran model 1250 TR-G ini, ia mampu memberikan saingan kepada model seperti BMW 1250 RT…