Benelli R18i dilancarkan - 18 hp/15.1 Nm, harga RM8k

oleh Mohamad Hanif|
Benelli Malaysia menerusi MForce Bike Holdings Sdn Bhd baru-baru telah melancarkan motosikal baharu Benelli R18i untuk memeriahkan lagi segmen kapcai di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Benelli R18i didatangkan dengan enjin 174cc empat lejang yang mampu menghasilkan 18 kuasa kuda dan daya kilas 15.1 Nm, dengan padanan sistem transmisi enam kelajuan.

 


Dari segi spesifikasi, Benelli R18i hadir dengan kelengkapan seperrti sistem suspensi hadapan fork teleskopik jenis terbalik, diikuti dengan penyerap hentak tunggal boleh laras KYB di belakang.

Sistem pemberhentian kapcai ini menggunakan brek jenis cakera dengan saiz rotor 240 mm di hadapan dan 220 mm di bahagian belakang.

 


Benelli R18i turut didatangkan dengan tangki bahan api berkapasiti 4.8 liter, dengan sistem suntikan bahan api elektronik dan sistem pencucuh daripada TLI.

Harga jualan Benelli R18i ini bermula dari RM7,999 dan didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (yang mana terdahulu).