Benelli Panarea 125 2023 rasmi - harga dari RM6,888

oleh Mohamad Hanif|
MForce Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan sebuah model skuter baharu dengan imej klasik di bawah jenama Benelli, iaitu Benelli Panarea 125.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skuter ini dikuasakan oleh nadi silinder tunggal empat lejang sejukan udara bersesaran 124 cc yang mampu menjana kuasa setinggi 8.44 hp @ 7,500 rpm dan daya kilas 9.2 Nm @ 6,000 rpm.
 

Benelli


Biarpun dengan imej klasik, Benelli Panarea tetap dilengkapi dengan ciri-ciri moden, seperti unit lampu LED depan dan belakang, lampu amaran, suis pemati enjin, storan poket depan dengan slot pengecasan USB, sistem kunci magnetik, serta panel meter gandingan analog dan digital.

Sistem gantungan terdiri daripada fork teleskopik di hadapan, dibantu dengan spring gegelung teleskopik di bahagian belakang.
 

Benelli


Aspek pemberhentian skuter ini terdiri daripada brek cakera 190 mm di depan, dan brek gelendong bersaiz 130 mm di bahagian belakang.

Kedua-dua roda didatangkan dengan rim bersaiz 12 inci dengan penampilan klasik.

Kapasiti tangki adalah sebesar 4.6 liter sementara ketinggian pelana pula 760 mm.
 

Benelli


Harga jualan skuter Benelli Panarea 2023 ini bermula dari RM6,888 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).