Benelli Leoncino 500 kini memasuki bilik pameran seluruh negara!

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengedar rasmi motosikal jenama Benelli di Malaysia, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce Bike) mengumumkan model Leoncino 500 sudah pun berada di bilik pameran pengedar seluruh negara bermula hari ini.

Memiliki penampilan ala scrambler, model tersebut digerakkan nadi enjin dwisilinder empat lejang bersesaran 500cc dengan bantuan kotak gear enam kelajuan.

Justeru, tidak menghairankan jika jentera naked tersebut berupaya menghamburkan kuasa maksimum setinggi 47hp pada 8,500rpm dan daya kilas mencecah 45Nm.

Pengurus Besar Operasi Mforce Bike, Asri Ahmad berkata, model tersebut ditawarkan pada harga yang kompetitif.

"Sebagai permulaan, Leoncino 500 dijual serendah RM27,999 seunit yang mana harga tersebut tidak termasuk insuran, cukai jalan dan 6 peratus GST.

"Pengguna boleh memilih dua pilihan warna yang disediakan seperti Leoncino Red dan Vulcan Black," katanya.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan berkunjung ke mana-mana bilik pameran Benelli di seluruh negara atau layari laman web www.mforce.my.

Tags

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Didatangkan dalam pilihan warna Flaming Red dan Pearl White, SRK600 didatangkan dengan enjin empat…
Pelancaran Motosikal
Skuter yang dijenamakan semula daripada model Keeway GT270 itu dikuasakan oleh nadi silinder…
Berita Domestik
Terdahulu, kempen perkhidmatan bantuan banjir dilancarkan oleh MForce khusus buat mangsa yang…