Benelli cilik

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Benelli turut membuat satu kejutan kecil dalam diam di EICMA 2015. Sememangnya kecil, ia merupakan motosikal cilik atau monkeybike rekaan Eropah-buatan China. Dua pilihan enjin satu selinder sejukan udara disediakan iaitu 125 atau 135cc. Model Tornado Naked T ini kelihatan sedikit gemuk, namun mungkin menyeronokkan. Mungkin ada yang sedikit teruja melihat jenama Itali / Cina Benelli mengeluarkan monkeybike Tornado Naked T ini. Nyata sekali bahawa Naked T ini telah mengambil bayangan reka bentuk Honda Grom, yang menghasilkan 10 kuasa kuda. Benelli mempunyai dua pilihan enjin, 125 dan 135cc, walaupun kurang pasti mengapa mereka benar-benar menawarkan dua enjin berbeza dengan hanya sedikit perbezaan dalam kapasiti...... tetapi enjin 135cc nya mampu menghasilkan 12.6hp.....