Bendix dan Kegani Racing Academy lancar program pemanduan defensif

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena menyambut ulangtahun ke-100 Bendix dalam menghasilkan teknologi brek dalam industri automotif, FMP Automotive Malaysia telah bekerjasama dengan Kegani Racing Academy untuk memperkenalkan program pemanduan defensif.

Dianjurkan khusus untuk para pelanggan, pengedar dan pengamal media, program tersebut direka untuk menyampaikan teknik pemanduan terbaik bagi meningkatkan kemahiran memandu.

Dikendalikan oleh duta Bendix Malaysia dan pelumba profesional iaitu Kenny Lee, peserta akan diajar tentang cara meramal dan mengelak sebarang ancaman semasa memandu yang melibatkan pembelajaran beberapa teknik asas.

 

2

 

Program pemanduan itu diadakan di kawasan tempat letak kereta Stadium Shah Alam, di mana peserta didedahkan tentang keselamatan dan prinsip pemanduan defensif melalui sesi teori terlebih dahulu.

Selesai dengan sesi teori, peserta berpeluang untuk mengaplikasikan perkara yang dipelajari melalui sesi latihan dengan beberapa siri halangan termasuk slalom, kawalan selekoh, brek kecemasan.

Bagi memastikan latihan yang berkesan, dua buah kereta telah dilengkapi dengan dua jenis pad brek jenama Bendix untuk kegunaan peserta.

 

4

 

Dua pad brek yang dimaksudkan ialah Bendix General CT yang diperbuat dari bahan Organik Bukan Asbestos, dan Bendix Metal King yang diperbuat dari bahan Semi Metallic.

Bendix General CT dihasilkan khusus untuk kegunaan harian, manakala Bendix Metal King pula dihasilkan untuk kegunaan yang lebih berat dan agresif.

Melalui dua produk itu, peserta berpeluang untuk membandingkan tahap prestasi brek dan menilai kemajuan dalam teknologi serta keupayaan pad brek yang ditawarkan oleh Bendix.

 

5

 

Pengurus Jualan & Pemasaran FMP Automotive (Malaysia) Sdn Bhd, Seow Kok Loi berkata, “Sebagai jenama berkualiti premium dalam industri teknologi brek automotif global, perniagaan kami secara asasnya tertumpu pada menyediakan pelanggan dengan jaminan keselamatan yang terbaik."

"Ianya tepat dengan semangat dan tujuan untuk terus berinovasi sehingga hari ini, ia telah mengangkat Bendix ke kedudukan peneraju dalam segmen sederhana dan premium dari segi produk brek,”

“Sama seperti Bendix hadir dalam arena sukan permotoran global dan tempatan untuk meletakkan produk kami pada ujian yang melelahkan, peluang untuk memperkenalkan program pemanduan defensif adalah satu lagi lanjutan semangat untuk berinovasi."

 

6

 

"Program ini membincangkan elemen yang paling penting dalam keselamatan pemanduan – individu di sebalik roda! Gabungan pemandu yang dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang betul,"

"Dengan itu, perlindungan yang ditawarkan oleh produk kami, secara eksponen meningkatkan tahap keselamatan untuk kenderaan dan pemandunya.”

Menurut Seow juga, program seperti ini dapat membolehkan Bendix menyampaikan kepada peserta dan orang ramai tentang banyak salah faham dalam pasaran mengenai pad brek.

 

7

 

Sebagai peneraju pasaran, Bendix telah mempelopori pengenalan pelbagai piawaian terkemuka industri, di mana Bendix menjadi yang pertama memperkenalkan reka bentuk bentuk khas untuk pad brek (reka bentuk Stealth), membantu mengurangkan bunyi bising dengan ketara semasa brek.

Produk Bendix juga datang dengan Jalur Titanium Biru di mana ianya telah menjadi penanda aras industri untuk mengurangkan proses bedding-in yang membolehkan prestasi brek dioptimumkan dengan segera selepas pemasangan.