Benarkah Saga lebih banyak terjual dari Bezza?

oleh HEZERI SAMSURI|
Proton Saga versi terkini ialah kenderaan segmen A paling banyak dijual.

Menurut Proton, Saga sudah melangkaui jumlah jualan 4,000 unit sebulan untuk tiga bulan berturut-turut, menjadikan jumlah jualan terkini bagi tahun 2019 kepada 34,422 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Saga menjadi model terbaik Proton sejak dilancarkan bulan Ogos lalu. Dalam masa empat bulan, kami berjaya menerima lebih dari 35,000 tempahan dan sekarang ini setiap unit yang dipasang sudah dijual. Cabaran masa hadapan kami ialah untuk meningkatkan jualan," ujar Li Chunrong, CEO untuk Proton.

Pertandingan untuk segmen A sebenarnya adalah antara Proton Saga dan Perodua Bezza.

Jadi adakah Proton menjual lebih banyak Saga dari Perodua menjual lebih banyak Bezza?

Benar, jika hanya jumlah jualan bulan November yang dikira.

Tidak jika kita melihat data dari julat masa yang lebih lama.

Menurut WapCar.my, jualan Perodua Bezza masih lagi jauh lebih banyak dari Saga.

Jumlah jualan kenderaan oleh Persatuan Automotif Malaysia kini tidak dapat dikongsi kepada umum kerana termaktub dengan perundangan Akta Persaingan 2010.

Namun begitu, dari data-data yang dilihat, jualan terkumpul tahun 2019 sehingga bulan September untuk Perodua Bezza ialah sebanyak 33,860 unit.

Bagi Saga, hanya 25,808 unit sahaja.

Jika dimasukkan sekali data jualan Oktober dan November, jualan terkumpul Proton Saga ialah sebanyak 34,222 unit. Sayang sekali WapCar.my tidak mempunyai jumlah jualan Bezza untuk dua bulan terakhir tersebut tetapi dipercayai Bezza masih jauh dihadapan.

Jumlah purata jualan Bezza ialah sebanyak 3,762 unit sebulan sementara Saga hanya mendapat jualan purata sebanyak 2,868 unit sebulan, dan itu pun kerana transisi jualan model lama Saga kepada model facelift pada bulan Ogos lalu.

Jualan Saga meningkat secara purata selepas pelancaran dalam bulan Ogos, tetapi kepada 3,912 unit sebulan dan bulan kepada 4,000 unit seperti yang dijangka.

Dalam jualan sekarang, Saga masih tidak akan mendapat jumlah jualan 7,000 unit yang perlu dilakukan sehingga hujung tahun ini untuk memintas Bezza.

Tahun hadapan ialah ujian sebenar untuk Saga.

Saga menunjukan peningkatan dari segi kualiti dan sistem audio yang digunakan juga jauh lebih baik. Ia juga menggunakan transmisi baharu yang lebih lancar dari CVT lama.

Sementara itu, Bezza ialah produk Perodua, satu jenama yang dipercayai dari segi kualiti, kelasakan dan khidmat selepas jualan. Beribu pemandu Grab dan MyCar akan memberikan pendapat positif berkaitan Bezza dari segi penggunaan bahan api.

Saga juga masih tidak mendapat pengiktirafan EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) sehingga kini, antara masalah legasi lama yang tidak dapat dibantu.

* Artikel dipetik dari WapCar.my


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…