Benarkah Bezza masih ada waktu menunggu? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Walaupun sudah dilancarkan sejak tahun 2016, Perodua masih menerima permintaan yang tinggi untuk sedan pertama mereka, Bezza.

Tinjauan Careta di pusat-pusat jualan Perodua di seluruh negara mendapati waktu menunggu untuk Bezza berada dari sekitar dua minggu sehingga tiga setengah bulan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Paling cepat ialah model Bezza G Xtra 1.0 Manual sementara Bezza Advance 1.3 Automatik ialah varian yang paling popular, menjadikan waktu menunggu model itu dari antara tiga ke tiga setengah bulan.

Rata-rata pemilik Bezza lebih memberi fokus kepada tiga perkara ini:

  • Penggunaan bahan api yang rendah (22.8km/liter untuk Bezza 1.0L Manual dan 22km/liter untuk Bezza 1.3L Auto Advance).
  • Keselamatan (Anugerah 5-bintang dalam Asean NCAP bagi varian Advance)
  • Khidmat jualan yang berkualiti agar memudahkan pemilikan dalam jangka masa panjang.

Beberapa orang pemilik yang sempat ditemu-ramah Careta berkata pembelian Bezza ialah lebih kepada pengiraan kos sara hidup harian.

"Saya cuma mahu sebuah kereta yang tak meragam dan tahan bertahun-tahun serta jimat minyak," ujar Zuraidah Abdullah, pesara kerajaan.

"Saya mahukan sebuah kereta yang tak meragam, jimat bahan bakar dan pusat servis yang profesional. Dalam dunia sekarang di mana kos sara hidup dan kos pengajian sudah meningkat, saya memang pentingkan pembelian yang berbaloi sahaja, " ujar Ahmad Hisyam dari Serting yang pertama kali memiliki Perodua.

"Kualiti ialah punca utama saya setia dengan Perodua. Saya tak ada masa untuk kerap ke pusat servis kerana masalah-masalah remeh," pendapat Ronny Tan dari Pekan. 

Untuk yang mahu mencari unit pra-milik atau terpakai Perodua, mungkin anda boleh ke Perodua KL di Jalan Pahang untuk melihat sendiri kenderaan terpakai Perodua yang diberikan jaminan terhad.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Apa tidak popularnya, jika ada video viral di media sosial, Myvi sering menjadi ‘watak utama’ atau…
Berita Domestik
Beliau berkata, kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu mangsa terbalik setelah melanggar belakang…
Informasi
“Perodua akhirnya setuju untuk beli semula kereta saya dengan harga penuh! “Dengan keputusan ini,…