Benar Grab beroperasi - drebar teksi Thailand tuntut pampasan 8.5 billion Baht!

oleh Mohamad Hanif|
Wakil daripada pemandu teksi Thailand berkumpul di hadapan Kementerian Pengangkutan Thailand pada Khamis lalu dan menuntut pampasan sebanyak 8.5 billion Baht (RM1.2 billion) sekiranya kerajaan negara tersebut membenarkan GrabTaxi beroperasi.

Mereka yang berhimpun juga turut mengugut untuk menyaman Perdana Menteri serta Menteri Pengangkutan Thailand sekiranya permintaan tersebut gagal ditunaikan. 

Menurut wakil Association of Public Taxi Motorists, Worapol Kaemkhunthod berkata, kesemua pemandu teksi sebulat suara tidak membenarkan sebarang perkhidmatan seru pandu termasuk GrabTaxi kerana mengambil kesempatan ke atas pemandu teksi konvensional.

"Seorang pemandu Grab hanya perlu membayar sebanyak 8,000 Baht (RM1,099) manakala pemandu teksi biasa terpaksa mengeluarkan 20,000 Baht (RM2,746) setahun untuk menggunakan aplikasi Taxi OK. 

Aplikasi Taxi OK dilancarkan oleh Jabatan Pengangkutan Darat Thailand khusus untuk para pemandu teksi. 


 

salah sebuah teksi yang beroperasi di Thailand. sumber

"Sekiranya perkhidmatan seru pandu dibenarkan, kami mendesak pembayaran wang pampasan 8.5 billion Baht (RM1.2 billion)," ujar beliau berdasarkan kiraan kos aplikasi Taxi OK dan jumlah pemandu teksi sedia ada. 

Jelas beliau lagi, dengan membenarkan perkhidmatan seru pandu, ia akan menjadikan pemandu teksi tidak kompetitif dan mampu meningkatkan kadar jenayah. 

Pihak persatuan pemandu teksi itu juga turut mendesak Kementerian Pengangkutan termasuklah lanjutan masa perkhidmatan dari sembilan ke 12 tahun untuk teksi konvensional, selain pampasan terhadap aplikasi Taxi OK yang dikatakan tidak cekap dan menaikkan tambang perjalanan. 

Sumber: Bangkok Post

Add new comment

Careta Ad