Belum sempat tahun 2026, 500 unit Polestar 6 LA Concept habis terjual

oleh Mohamad Hanif|
Polestar baru-baru ini mengesahkan model konsep Polestar O2 akan memasuki fasa produksi untuk tempoh beberapa tahun akan datang dengan menggunakan nama rasmi Polestar 6.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai meraikan kehadiran model baharu itu, Polestar turut mengumumkan penawaran model convertible berkuasa elektrik Polestar 6 LA Concept edisi terhad, dengan 500 unit sahaja yang akan dihasilkan dan dijangka akan mendarat di pengedar sah pada tahun 2026.
 

Polestar 6


Melihatkan kepada sambutan menggalakkan terhadap kenderaan elektrik pada masa kini, adalah tidak menghairankan apabila kesemua 500 slot yang dikhaskan untuk model convertible tersebut telah pun habis disambar.

Menurut CEO-nya, Thomas Ingenlath berkata, "minat yang tinggi ditunjukkan oleh para pelanggan kami memperlihatkan kehadiran roadster elektrik yang cantik seperti Polestar 6 adalah amat relevan di dalam arena kereta sports.

Daripada jumlah tersebut, sebilangan kecil telah disahkan akan ditawarkan untuk sesetengah pasaran termasuklah Iceland, UAE, Kuwait, Singapura, New Zealand, China dan Korea Selatan.
 

Polestar 6


Polestar 6 akan dibangunkan menggunakan casis aluminium terikat yang sama digunakan pada model grand tourer Polestar 5, senibina 800-voltan, serta konfigurasi motor elektrik berkembar yang mampu menjana kuasa setinggi 872 hp dan 900 Nm yang memacu semua roda.

Ini membolehkan roadster EV Polestar itu memecut sepantas 3.2 saat dari 0-100 km/j dan mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j.
 

Polestar 6


Sementara Polestar 6 LA Concept edisi terhad itu pula menampilkan layangan warna biru langit, rim bersaiz 21 inci, serta rekaan kabin yang hampir menyamai spesifikasi pada model konsep Polestar O2.

Untuk mereka yang tak sempat nak sambar, usah risau kerana Polestar akan memulakan produksi penuh model ini setelah 500 unit LA Concept itu telah siap dibina, dan akan membuka tempahan pada lewat tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, untuk pembangunan model roadster EV ini Polestar menggunakan dua buah model jenama…