Belum sempat diedar, VW ID. Buzz sudah habis terjual di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Belum pun sempat pengedaran dibuat, Volkswagen mengumumkan model ID.Buzz telah pun habis dijual di benua Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Automotive News Europe pada bulan lalu, jualan awal yang dibuat sudah mencecah angka 10,000 unit, di mana sebilangan besar (3,400 unit) datangnya dari Norway, diikuti Jerman (2,500 unit) dan Belgium serta The Netherlands (2,100 unit).

Biarpun produksi ID. Buzz telah pun bermula di fasiliti Hanover pada Mei yang lalu, unit pertama hanya akan mula diedarkan pada bulan Oktober ini.

Ketua Unit Jualan VW Commercial Vehicles, Lars Krause dalam satu nota yang dihantar kepada para pekerja di fasiliti Hanover berkata, "10,000 unit tempahan, tanpa sebarang kereta berada di pusat pengedar, malah tiada seorang pun yang sudah mengujinya. Ia amat impresif."

Untuk tahun ini, Volkswagen memperuntukkan angka produksi ID. Buzz sebanyak 15,000 unit, sebelum meningkatkannya kepada 60,000 unit untuk tahun berikut dan mencecah 130,000 unit dalam tempoh kitaran model.

Mengikut data spesifikasi, VW ID. Buzz hadir dengan motor elektrik tunggal berkuasa 201 hp dan 310 Nm, serta pek bateri 81 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 480 km.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tempoh bersabar nampaknya bakal berakhir apabila VW memperkenalkan ID. Buzz Long Wheelbase (LWB…