Belum pun sempat diproduksi, Ford F-150 Lightning 2022 sudah habis terjual!

oleh Mohamad Hanif|
Populariti trak pikap saiz penuh F-150 nampaknya telah pun diwarisi dengan baik oleh varian trak pikap elektrik F-150 Lightning.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini kerana sejak model tersebut diumumkan pada tahun lalu, Ford kini telah mencatatkan jumlah tempahan menghampiri angka 200,000 unit, dan lebih mengejutkan apabila peruntukan untuk model tahun 2022 telah pun habis terjual!
 

F-150


Dalam laman web rasmi, Ford mengumumkan tempahan bagi model F-150 Lightning 2022 kini tidak lagi dibuka disebabkan oleh jumlah permintaan yang agak tinggi, dan para pembeli diminta untuk menghubungi sendiri pengedar berhampiran untuk maklumat yang lebih lanjut.

Menurut info daripada CarsDirect, terdapat sesetengah pengedar yang cuba menawarkan stok F-150 Lightning dengan kenaikan harga sekitar $5,000 (RM21,625) untuk sesetengah pihak yang tidak mahu beratur dan menunggu lapan hingga 10 bulan.
 

F-150


Difahamkan, produksi F-150 Lightning hanya akan bermula pada 26 April 2022, bertempat di Rouge Complex, Dearborn dengan kapasiti tahunan sebanyak 150,000 unit.

Sumber: CarsDirect

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Kita sedia maklum bahawa rekaan Cybertruck sememangnya sukar untuk dihadam, lebih-lebih lagi…
Gaya Hidup
Bagi merancakkan lagi rangkaian produk Cybertruck, Tesla telah memperkenalkan satu lagi varian yang…
Pelancaran
Dipertontonkan buat pertama kali pada tahun 2019, harga rasmi yang diumumkan 50 peratus lebih…