Bellwether mulakan ujian penerbangan prototaip kereta terbang Volar

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat dari UK, Bellwether Industries kini mempunyai sebuah model eVTOL (electric Vertical Take-Off Landing) yang paling cantik di dunia - seakan kereta yang hadir dari masa depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana tidak seperti eVTOL tipikal yang membawakan rekaan quadkopter (atau lebih bilah kipas), eVTOL Volar ini mempunyai rekaan seakan sebuah supercar yang boleh terbang seperti yang digambarkan pada Wawasan 2020 (sekarang dah tahun 2022 pun).

Volar secara asasnya masih lagi sebuah eVTOL dengan rekaan empat kipas yang berjaya disembunyikan dengan baik disebalik panel-panel badan itu.
 

eVOTL


Rekaan prototaip skala separuh turut diperlihatkan secara rasmi dengan membawakan konfigurasi dua tempat duduk, namun rekaan akhir dijangka membawakan sehingga lima tempat duduk dengan kelebaran 3.2 meter, jauh lebih lebar jika dibandingkan dengan kereta tipikal.

Pihak pembangun juga turut mensasarkan kelajuan tertinggi 220 km/j dengan masa penerbangan 60-90 minit, jauh lebih pantas dan lebih lama jika dibandingkan dengan eVTOL seperti VoloCity dan eHang 218.
 

eVTOL


Yang lebih penting, Volar bakal memulakan operasi penerbangan pada tahun 2028 dengan harga jualan yang mampu menyamai tanda harga sebuah jet peribadi.

Sebagai info, jet peribadi Cirrus Vision Jet merupakan jet yang paling murah ada di pasaran, dengan tanda harga bermula dari $US2 juta (RM8.35 juta).

 

Sumber: New Atlas