Beli wiper sebenarnya macam beli durian!

oleh HEZERI SAMSURI|
Raja buah Malaysia, durian, sudah diiktiraf oleh semua sebagai buah-buahan tempatan premium.

Oleh kerana harga yang juga sudah premium, maka bila kita membelinya, kita akan mula mengetuk, menghidu, menggoncang, memicit dan kemudian membuka sedikit untuk melihat isinya agar tidak ada yang busuk atau mangkar (isi yang keras). 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebenarnya, teori yang sama perlu digunakan untuk membeli pengelap cermin depan atau wiper. Bukannya untuk menghidu atau menggoncang wiper itu tetapi kita perlu mengkaji jenis-jenis wiper sebelum kita membelinya.

Wiper ialah antara komponen yang tidak dihiraukan bila hari panas, tetapi akan membuatkan kita menyesal jika ia tidak berfungsi dengan baik bila hujan.

Seperti komponen lain, wiper juga mempunyai teknologi-teknologi yang perlu diberi perhatian kerana bukan setakat ia menjanjikan pembelian yang berbaloi dengan wang ringgit kita, tetapi ia juga akan memberikan prestasi yang baik.

 

 

Di bawah ialah antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan sebelum membeli wiper:

1. Pengelap cermin depan atau wiper ini hadir dalam tiga bentuk - tradisional (dengan bingkai besi), frameless atau tanpa bingkai dan hibrid (gabungan bingkai besi dan frameless).

2. Wiper tradisional adalah yang paling mampu milik, tetapi bingkai besi itu boleh berkarat dan yang sering berlaku, bilah getah itu tercabut dari bingkai. Ia juga tidak dibuat untuk semua jenama atau model kenderaan.

3. Wiper frameless adalah yang paling popular sekarang kerana ia datang dengan pendakap (adapter) untuk hampir 98 peratus kenderaan di atas jalanraya. Ia juga tidak berkarat, dan kerana ia tidak berbingkai, tidak ada masalah ia akan tertanggal. Ia juga mudah dilentur, menjadikan ia melekat kuat pada cermin depan.

4. Wiper hibrid sebenarnya sangat jarang ditemui, jadi kita boleh sapu masuk ke bawah karpet.

5. Ada dua bahan yang digunakan untuk bilahnya, getah dan sintetik.

 

 

6. Bilah getah ialah yang paling mampu milik dan sebenarnya paling baik untuk wiper kerana sifat getah yang kalis air dan mudah dilentur. Masalahnya getah tidak akan tahan selama setahun dua. Namun dengan harga yang murah, ini bukan masalah.

7. Bahan sintetik untuk bilah wiper ialah yang terbaik, tetapi harganya 10 kali ganda dari bilah getah. Ia tahan lama dan tidak meninggalkan kesan kimia yang menjadikan cermin depan kesat.

8. Wiper sintetik yang murah sebenarnya tidak tahan lama, dan ia akan meninggalkan kesan kimia yang menjadikan cermin depan kesat. Ini akan membuatkan bilah wiper itu bergetar dan jika dibiarkan, motor elektrik wiper akan rosak.

9. Teknologi wiper kini mula diceburi oleh beberapa jenama komponen kenderaan yang tersohor dan antaranya ialah Hella dari Jerman.

10. Hella siri Cleantech ialah produk terbaharu dan popular di seluruh dunia, dan ia menggunakan bahan getah dan disalut dengan graphite.

 

 

11. Lapisan graphite menjadikan permukaan yang minimum pada bilah untuk menyentuh permukaan cermin depan. Ini menyebabkan bilah kurang bergetar, pergerakan lebih lancar, lebih senyap dan paling penting, tahan lebih lama.

11. Selain itu, satu lagi cara untuk memastikan bilah wiper ini melekat rata pada cermin ialah aerodinamik. Kerana itu bahagian atas bilah itu sebenarnya adalah "spoiler".

12. Aerodinamik membolehkan bilah melekap dengan sekata kepada cermin depan kerana ia udara tidak akan "mengangkat" bilah itu ke atas.

13. Aerodinamik turut membantu menjadikan wiper lebih senyap.

 

 

 

14. Hella Cleantech juga menggunakan bahan thermoplastic dan besi stainless agar ia kalis cuaca dan tahan UV.

15. Harga Hella Cleantech bermula dari RM33.50 dan untuk mendapat diskaun 25 peratus, beli Hella Cleantech anda dari auto2u.my dan guna kod promo CARETA831.

Kos penghantaran percuma untuk Semenanjung Malaysia dan RM8.00 untuk Sarawak dan Sabah. Seratus pembeli pertama akan menerima pembersih cermin depan dan tuala pembersih.

Promosi ini akan berakhir pada 23 September 2021. Jangan lupa, auto2u.my dan kod promo CARETA831 boleh digunakan untuk semua produk Hella di dalam laman web itu. 

Untuk info lanjut, layankan video Hella dari Careta di bawah!

 

Berita Berkenaan

Informasi
Penyeka kaca, atau orang lebih gemar sebut sebagai wiper yang ada di pasaran terdiri daripada dua…
Informasi
Namun pada satu masa dahulu, Ford tidak terlepas daripada dosa besar apabila syarikat ini terciduk…
Berita Domestik
Sesi bual bicara ini terbahagi kepada beberapa segmen yang merangkumi penyelenggaraan kenderaan,…