Beli unit rumah Tribeca, dapat kereta Hyundai percuma!

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) menjalin kolaborasi dengan Bakti Dinamik Sdn Bhd, sebuah subsidiari Low Yat Group bagi menawarkan pembeli unit Tribeca Serviced Suites sebuah kereta Hyundai secara percuma.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Promosi masa terhad ini menawarkan kereta-kereta Hyundai seperti Hyundai Elantra, serta Hyundai Grand Starex bagi melengkapi gaya hidup premium dan berkualiti di Tribeca.

Menurut Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata, "ia merupakan satu kebanggaan apabila Hyundai dipilih menjadi rakan kolaborasi Bakti Dinamik. Kami amat teruja dapat dikaitkan dengan projek Tribeca, dan yakin produk kami dapat menawarkan pengalaman gaya hidup yang premium dan melengkapi Tribeca sepenuhnya.

Selain pemilikan kereta Hyundai serba baharu, pemilik Tribeca juga turut layak mendapat Hyundai Loyalty Card yang menawarkan manfaat tersendiri termasuk diskaun 20 peratus untuk produk KLIMA Fresh dan BlueChem, selain diskaun barangan Hyundai dan nilai jual semula yang lebih tinggi sekiranya mereka membeli kereta Hyundai baharu pada masa akan datang.

Tribeca merupakan hartanah bertaraf mercu yang terletak di Jalan Imbi, dan lokasinya amat strategik untuk mengakses hotel lima bintang antarabangsa, pusat membeli belah ternama, dan pusat hiburan di kawasan Bukit Bintang.

Bakti Dinamik telah melantik agensi bersama, Innoventive Consultancy untuk membuka tempahan bagi promosi khas bersama HSDM, dan untuk maklumat lanjut sila hubungi Desmond Wong di 012-777 1728.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Oleh itu, aplikasi perkongsian kereta SOCAR dan jenama saudara mereka TREVO, Pasaran Perkongsian…
Berita Domestik
Promosi tersebut menawarkan pelanggan Goodyear untuk menerima pulangan kredit e-wallet Touch ’n GO…