Varian Ford Ranger Wildtrak menawarkan pelbagai ciri keselamatan yang pertama untuk segmen trak pikap seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Pengesanan Pejalan Kaki, Amaran Pelanggaran Hadapan, Amaran Keluar Laluan dan Parkir Bersiri Semi-automatik.
Sementara Ford Ranger Raptor pula menyuntik DNA Ford's Performance untuk menjadi sebuah trak pikap yang mampu mengatasi jangkaan dan satu-satunya penawaran trak pikap berprestasi tinggi yang dibina dari kilang.
Ia menampilkan penggunaan sistem suspensi Fox Racing Shox bagi menawarkan kadar penyerapan hentakan yang tinggi sesuai untuk pemanduan off-road, selain enam mod pemanduan di bawah Terrain Management System (TMS) yang turut merangkumi mod Baja.
Tawaran tersebut hanya sah untuk model Ford Ranger tahun 2020 sahaja, sementara stok masih ada, dan tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian Sales Line WhatsApp di +6019-204 1200 atau layari laman web www.sdacford.com.my/whats-new/promotions/cny-sales