Beli Toyota Yaris GR Sport, dapat PS5 percuma!

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kekurangan cip semikonduktor tidak turut melibatkan industri automotif semata-mata, malah ia sebenarnya turut menjejaskan penghasilan peralatan elektronik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Contoh yang ketara, Sony PlayStation5 di mana Sony kini menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi di pasaran.

Namun di Sepanyol, anda boleh mendapatkan sebuah PlayStation 5 secara percuma.
 

GR Sport


Syaratnya? Beli Toyota Yaris GR Sport GT7 (Gran Turismo 7) Edition namun ia hanya dihadkan kepada 100 pembeli terpantas sahaja.

Setiap pembelian turut disertakan dengan konsol PlayStation 5, alat kawalan DualSense, langganan percuma PlayStation Plus selama tiga bulan serta salinan percuma permainan Gran Turismo 7.
 

GR Sport


Yaris GR Sport edisi terhad ini dilayangkan dalam warna Gris Dynamique, set rim bersaiz 18 inci, kunci pintar kustom, serta hiasan logo Gran Turismo.

Dari segi kuasa, Yaris GR Sport merupakan sebuah model hibrid yang dikuasakan oleh enjin 1.5 liter kitaran Atkinson yang dipadankan dengan motor elektrik 80 hp, dengan output keseluruhan sebanyak 114 hp.

Harga jualan walau bagaimanapun tidak didedahkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota UK baru-baru ini melancarkan Yaris Hybrid GR Sport yang direka untuk pembeli di United…