Beli tayar Goodyear, rebut peluang bawa pulang TIGA Ativa X sebagai kereta Raya!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan musim perayaan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, Goodyear melancarkan promosi tengah tahun yang menawarkan tiga hadiah utama berupa Perodua Ativa varian X, serta empat hadiah saguhati di mana masing-masing akan membawa empat unit tayar Goodyear serba baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kempenn terbaharu Goodyear ini bermula dari 15 April hingga 13 Julai 2021, dan pelanggan Goodyear hanya perlu membeli sekurang-kurangnya dua unit tayar daripada mana-mana pengedar atau outlet runcit sah Goodyear Malaysia dan membuat pendaftaran di laman web Worry Free Assurance Goodyear.

Setiap pembelian dua unit tayar akan dikira sebagai satu penyertaan dan pelanggan dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak penyertaan yang mungkin bergantung kepada unit tayar yang telah dibeli.

Selain daripada itu, pelanggan juga diminta untuk melengkapkan slogan, "I choose Goodyear tyres because..." tidak melebihi 25 patah perkataan.

Senarai pemenang akan diumumkan menerusi laman web Goodyear (www.goodyear.com.my) atau Facebook (@GoodyearMalaysia).

Berikut merupakan senarai produk tayar yang dilindungi oleh Worry Free Assurance:

  • Goodyear Eagle F1 Asymmetric 5
  • Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3
  • Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3 SUV
  • Goodyear Eagle F1 Asymmetric 2
  • Goodyear Eagle F1 Asymmetric 2 SUV
  • Goodyear Eagle F1 Asymmetric SUV
  • Goodyear EfficientGrip Performance
  • Goodyear Eagle EfficientGrip
  • Goodyear EfficientGrip SUV
  • Goodyear RunOnFlat
  • Goodyear EfficientGrip Performance SUV
  • Goodyear Wrangler TripleMax
  • Goodyear Assurance TripleMax
  • Goodyear Assurance TripleMax 2

Untuk maklumat lanjut berhubung terma dan syarat pertandingan, sila layari laman web Goodyear Malaysia di https://www.goodyear.com.my/offer/2021-mid-year-promo.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…
Berita Domestik
Ianya selaras dengan komitmen berterusan Goodyear untuk berusaha dan berinovasi demi meningkatkan…