Bermula 28 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022, pelanggan yang berjaya membuat pembelian minimum dua unit tayar (bersaiz 17 inci dan ke atas) di bawah program Worry Free Assurance berpeluang untuk menyertai kempen ini.

Syaratnya, pelanggan perlu berdaftar di laman web www.goodyearcnygame.com, mengisi butiran peribadi dan menyertai permainan yang disediakan di mana setiap penyertaan perlu disertakan dengan salinan resit pembelian asal, serta nombor siri WFA.
Untuk setiap penyertaan, pelanggan akan dijamin menerima kredit Touch 'n Go bernilai RM18, serta peluang untuk memenangi kredit Touch 'n Go bernilai RM188, RM388 atau RM1,888 setiap minggu.

Program WFA Goodyear ini merangkumi pelbagai jenis produk tayar seperti:
- Goodyear Eagle F1 Asymmetric 5
- Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3
- Goodyear Eagle F1 Asymmetric 2
- Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3 SUV
- Goodyear Eagle F1 Asymmetric SUV AT
- Goodyear Eagle Asymmetric 2 SUV
- Goodyear Eagle EfficientGrip
- Goodyear EfficientGrip Performance
- Goodyear EfficientGrip Performance SUV
- Goodyear EfficientGrip SUV
- Goodyear Assurance MaxGuard SUV
- Goodyear Assurance TripleMax 2
- Goodyear Wrangler TripleMax
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.goodyearcnygame.com atau www.goodyear.com/my atau laman media sosial Goodyear Malaysia.