Beli Starbucks, menang Peugeot 3008 SUV Plus?

oleh SALINA JALIL|
Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia, telah pelancaran ‘Sip & Win’ yang diadakan dengan kerjasama Starbucks Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi peraduan 'Sip & Win' ini, pelanggan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM160,000 termasuk hadiah utama iaitu sebuah Peugeot 3008 SUV Plus.

 

“Seperti Starbucks, Peugeot mempunyai identiti sebagai jenama gaya yang menawarkan gaya kontemporari dan teknologi inovatif untuk mencipta pengalaman pemanduan yang baharu. Saya pasti Peugeot dan Starbucks akan mendapat manfaat daripada kerjasama ini,” kata Dato’ Nik Hamdam Nik Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd.

 

Selain hadiah utama tersebut, Starbucks Malaysia turut menawarkan hadiah berupa lima wireless noise cancellation headphone Sony WH-1000MX, tujuh bekas air Starbucks Holiday Edition Swarovski serta 50 kad Starbucks.

 

Cabutan untuk tiga hadiah teratas, termasuk hadiah utama, akan diadakan di hadapan penonton secara langsung pada awal tahun hadapan.

 

Untuk menyertai peraduan ‘Sip & Win’, anda hanya perlu berbelanja minimum RM30 dalam satu resit dengan kad Starbucks atau aplikasi mudah alih di mana-mana kedai Starbucks di seluruh negara antara 1 September dan 30 November 2020.

 

Peraduan ini terbuka kepada semua ahli Starbucks Rewards berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pihak Starbucks merancang untuk meluaskan lagi penawaran fasiliti pengecasan EV yang terdiri…