Beli rumah harga RM5 juta di NZ, percuma Tesla Model Y

oleh Mohamad Hanif|
Di New Zealand, anda boleh mendapatkan sebuah EV Tesla Model Y secara percuma dengan pembelian satu unit rumah dua tingkat bernilai sekitar NZD1.8 juta (RM5 juta).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Unit hartanah yang terletak di 22 Dungloe Avenue, Flat Bush, Auckland itu mempunyai kemudahan sehingga tujuh bilik tidur, dua ruang dapur dan lima unit bilik air.
 

NZ


Rumah dengan keluasan 476 meter persegi itu turut mempunyai ruang khas untuk garaj, serta ruang parkir yang mampu memuatkan lima hingga enam buah kereta yang boleh diakses menerusi pagar elektrik di belakang rumah.

Menurut ejen hartanah Barfoot & Thomson, selepas pembuat pembelian hartanah tersebut, pemilik baharu boleh memilih warna idaman Tesla Model Y sebelum model EV ditempah dan akan dihantar terus ke rumah.
 

Tesla


Tidak dapat dipastikan spesifikasi apa yang bakal ditawarkan kepada pembeli, namun besar kemungkinan hadiah tersebut merupakan sebuah Tesla Model Y aras mula RWD, dengan harga jualan bermula dari NZD76,200 (RM214,219).

Menurut laporan Sky News, harga rumah di New Zealand turun untuk tempoh 11 bulan berturut-turut, selepas peningkatan sebanyak 40 peratus selepas pandemik.

Ini menjadikan kebanyakan pemilik rumah sukar untuk menjual hartanah mereka buat masa ini.

Sumber: Sky News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anggota polis menahan kenderaan terbabit, namun pemandunya memecut laju. "Anggota polis mengekori…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, polis menerima maklumat…
Berita Domestik
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya akan meningkatkan SJR di…