Beli Renault dan anda mungkin boleh ke Paris!

oleh HEZERI SAMSURI|
TC Euro Cars (TCEC), pengimport, pemasang dan pengedar kenderaan Renault hari ini telah melancarkan kempen penjualan baharu – “Percutian ke Perancis” yang menawarkan percutian untuk dua orang ke Paris kepada mereka yang membeli model terpilih Renault.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kempen yang berlangsung dari 1 Mac hingga 30 April 2019 ini ditawarkan bagi model-model Renault seperti Koleos dan Captur. 
 
Pelanggan yang membeli mana-mana model di atas dalam tempoh kempen ini akan berpeluang untuk memenangi percutian untuk dua orang ke ibu kota Perancis yang terkenal sebagai kota yang paling cantik dan romantik di dunia, dan diberi nama jolokan seperti City of Romance and Capital of Fashion.  

Rakan kongsi percutian rasmi TCEC ini ialah Mayflower Holidays.
 
 

 

Renault Captur crossover turbo yang terbaharu boleh didapati dengan harga RM107,980 dengan enjin 1.2L turbo,  sistem mula-henti automatik, skrin 7 inci yang baharu dengan navigasi dalam talian/luar talian dan sambungan internet.  Sistem maklumat hiburan menyokong aplikasi mudah alih muzik dan navigasi seperti Joox, Waze dan sebagainya. 
 
Gaya luaran ekspresif Captur dengan warna badan dua ton itu memang kontemporari, dipadankan pula dengan kombinasi kerusi kulit berwarna hitam yang mewah, kerusi gelangsar di baris belakang untuk ruang but yang lebih besar, kamera belakang, empat beg udara berkecekapan tinggi dan penjimatan bahan api yang baik.

 

 

Renault Koleos pula ialah sebuah SUV mewah dengan harga RM173,840.  Ia menawarkan ruang dalaman terkemuka dengan ciri-ciri seni bina setanding dengan kereta mewah, enjin petrol 2.5 liter, sistem multimedia R-LINK 2 dengan skrin sentuh bersaiz 8.7 inci, lampu kabin LED yang boleh dilaraskan, kombinasi kerusi kulit yang mewah, enam beg udara, pintu but automatik (model terpilih sahaja) dan sistem pengesanan terhalang pandagan (blind spot). 
 
Semua harga yang dinyatakan ialah harga di-atas-jalan dengan SST, tidak termasuk insurans bagi Semenanjung Malaysia dan pendaftaran individu perseorangan sahaja.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Renault di Malaysia, sila layari www.renault.com.my  atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

Baca laporan pandu uji Koleos di pautan ini.

Renault Koleos - super model kacukan Nippon.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…