Beli Ranger dan anda boleh menang Raptor!

oleh HEZERI SAMSURI|

Sime Darby Auto Connexion Sdn Bhd, pengedar sah Ford untuk Malaysia sedang menawarkan kempen istimewa untuk pembeli trak pikap urban mereka, Ford Ranger.

Peraduan ini terbuka untuk kepada pembeli mana-mana sembilan varian Ford Ranger (termasuk Raptor sendiri) bermula dari 25 Oktober lalu sehingga 31 Januari 2019.

Selain dari itu, untuk mana-mana Ford Ranger yang berdaftar sebelum 31 Januari, anda akan menerima pakej servis percuma selama dua tahun atau 40,000 km (mana yang dahulu). 

Pakej servis percuma itu ialah pakej servis lenggang kangkung di mana anda cuma hantar trak anda untuk diservis tanpa mengeluarkan belanja sesen pun. 

Di samping itu, pusat servis Ford menyediakan kopi panas dan nasi lemak untuk pelanggan yang menunggu.

Hubungi mana-mana cawangan Ford terdekat untuk memandu uji trak pikap paling selesa dan paling modern di dalam pasaran sekarang.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, VelociRaptor 400 Bronco mampu memecut dari 0 km/j hingga 97 km/j dalam masa…
Berita Global
Tidak cukup dengan itu, Ford Australia telah didenda sebanyak AU$53,000 (RM159,595) oleh Australian…
Informasi
Namun pada satu masa dahulu, Ford tidak terlepas daripada dosa besar apabila syarikat ini terciduk…