"Beli Ranger Baharu, Menang Ranger Raptor" - pemenang diumumkan

oleh SALINA JALIL|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia mengakhiri peraduan “Beli Ranger Baharu. Menangi Ranger Raptor” dengan menghadiahkan Ford Ranger Raptor – trak pikap Ford berprestasi tinggi yang terkini kepada seorang pelanggannya yang bertuah.

 

Shahrul Iman bin Sulaiman dari Pahang, yang membeli Ford Ranger XLT Plus berkata “Memenangi Ranger Raptor memang tidak diduga dan pastinya ia kemenangan paling besar dalam hidup saya.Terima kasih Sime Darby Auto ConneXion dan Ford. Saya akan pulang beraya kali ini dengan penuh gaya".

 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang menyertai peraduan “Beli Ranger Baharu. Menangi Ranger Raptor” ini. Ia adalah salah satu inisiatif kami dalam memberi ganjaran kepada para pelanggan setia kami dan memastikan pengalaman pemilikan mereka merupakan sesuatu yang mengujakan,” ujar Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

 

Peraduan “Beli Ranger Baharu. Menangi Ranger Raptor” telah berlangsung dari 25 Oktober 2018 sehingga 31 Januari 2019 yang lalu bersempena dengan pelancaran Ford Ranger baharu.

 

Melalui peraduan tersebut, para pelanggan yang membeli mana-mana varian Ford Ranger berpeluang untuk memenangi sebuah Ranger Raptor. Dengan rekaan kejuruteraan berprestasi tinggi, Ranger Raptor adalah lambang kemunculan unggul sebuah trak dengan penampilan garang dan hebat  untuk laluan lasak.  Ranger Raptor telah meneroka  pasaran baru untuk sektor trak pikap premium, yang pertama dan satu-satunya di pasaran.

 

Untuk info lebih lanjut atau membaca laporan pandu uji Ford Ranger dari penulis-penulis automotif terkenal Malaysia, lawati laman web pelbagai bahasa SDAC di https://www.sdacford.com.my/bm/cerita-ford 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ranger yang telah memenangi pelbagai anugerah dan boleh didapati di dalam sembilan varian ini…
Kereta
    Tampan daripada XLT biasa   Daripada segi paras rupa, tidak ada banyak beza berbanding…
Gaya Hidup
  “Ahli-ahli kelab dengan aktiviti- aktiviti yang dianjurkan benar-benar mencerminkan gaya hidup…