Beli pelincir Caltex, dapat barangan eksklusif 'Street Borne' percuma

oleh Mohamad Hanif|
Mengulangi kembali kejayaan yang pernah dicapai menerusi kempen terdahulu di Malaysia, Singapura, Filipina dan Thailand, Caltex Lubricants kini membawakan kempen 'Street Borne' buat pasaran Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kempen tersebut menawarkan barangan eksklusif edisi terhad Street Borne seperti backpack, drawstring bag, chest bag atau topi dengan setiap pembelian produk Havoline®, Delo® Sports and Techron® dari Caltex.

Menurut Pengurus Perniagaan Kawasan Kluster Asia Pasifik Chevron Lubricants, Muhammad Najam Shamsuddin berkata, "kempen ini adalah cara kami untuk mengucapkan terima kasih kepada pengguna jalan raya di Malaysia kerana mempercayai produk Caltex Lubricants pada kenderaan mereka.

Untuk menjadikan kempen ini lebih menarik, Caltex Lubricants turut memasukkan pelbagai jenis produk termasuklah minyak enjin Havoline, Delo Sports, Techron Concentrate Plus dan Techron D® Concentrate.

Caltex turut menjamin kesemua produk telah pun diuji di dalam dunia sebenar, serta teknologi terbukti yang mampu menangai kebimbangan yang kerap dialami seperti suhu minyak enjin yang tinggi, kondisi operasi yang panas dan lembap serta trafik berhenti-mula yang mencabar.

Bermula sekarang sehingga 30 September, rakyat Malaysia boleh mendapatkan barangan Street Borne menerusi stesen Caltex yang berhampiran, bengkel Havolien autoPro atau menerusi aplikasi dalam talian Lazada dan Shopee.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi www.caltex.com.my/streetborne2020