Beli Nissan dan menangi rumah!

oleh SALINA JALIL|
Sempena menyambut kedatangan tahun baru, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) memberi peluang kepada pelanggan Nissan untuk memiliki sebuah kondominium 2+1 bilik baharu dengan dua tempat letak kereta dalam peraduan ‘Beli Kereta Menang Rumah’*.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 

Peraduan ini merupakan satu kolaborasi unik di antara ETCM dan JKG Land Berhad, di mana pelanggan Nissan berpeluang memenangi sebuah kondominium bernilai RM665,000* di The ERA, Duta North Kuala Lumpur, kepada sesiapa yang membeli dan mendaftar sebuah kenderaan Nissan bermula 1 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019. Bagi menambah keterujaan Tahun Baharu, ETCM juga menawarkan rebat menarik sehingga RM12,000* untuk model-model terpilih Nissan. 

 

Bagi meraikan Tahun Baru Cina pula, ETCM juga menambah warna merah (Imperial Red) baharu dalam model popular Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star, ia hadir dengan tema dua tona bersama reka bentuk bumbung terapung, spoiler belakang dan cermin sisi berwarna hitam. 

 

Serena 2.0L S-Hybrid menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2 km/L (NEDC R101). Ia juga hadir bersama pelbagai ciri inovatif seperti Pintu Gelongsor Kembar Berkuasa Dengan Pengesan Kaki (Hands-Free Dual Power Sliding Door), Pintu Belakang Dwi-Bukaan (Dual Back Door), 7 Saluran USB, Intelligent Around View Monitor (I-AVM) bersama Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) dan ketersambungan telefon pintar melalui Apple CarPlay™.

 

Selain itu, ETCM sekali lagi memperkenalkan Nissan X-Trail X-Tremer dalam warna merah (Passion Red), serta dua pilihan warna tambahan iaitu putih (Brilliant White) baharu dan perak (Tungsten Silver) baharu bersama komponen-komponen yang digelapkan termasuk bumbung dengan siluet hitam, rel bumbung, spoiler belakang, cermin sisi dan rim aloi lima jejari bersaiz 17” hitam berkilat. X-Trail X-Tremer juga dilengkapi dengan kemasan X-Face pada bahagian hadapan, pelindung bampar belakang krom dan tempat duduk kulit Nappa mewah berwarna hitam.  

 

Nissan Serena 2.0L S-Hybrid berwarna Imperial Red baharu dan X-Trail X-Tremer akan membuat penampilan di Karnival Pandu Uji Nissan 2019 pada dua hujung minggu dari 5 hingga 6 Januari dan 11 hingga 13 Januari masing-masing yang diadakan di bilik pameran ETCM terpilih, bermula pada pukul 10 pagi hingga 8 malam. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi carnival untuk menikmati tawaran hebat dan pelbagai aktiviti-aktiviti Tahun Baru Cina yang menarik.  

 

Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan:

Tarikh

Wilayah

Lokasi

5hb – 6hb Januari

Utara

ETCM Bayan Lepas

Tengah

ETCM Petaling Jaya

Tengah

ETCM Cheras

Selatan

ETCM Johor Jaya

Selatan

ETCM Seremban

Pantai Timur

ETCM Kuantan

Sabah

ETCM Kota Kinabalu

Sarawak

ETCM Kuching

11hb – 12hb Januari

Pantai Timur

AEON Kota Bharu

12hb – 13hb Januari

Utara

ETCM Butterworth

Utara

ETCM Ipoh

Utara

ETCM Sitiawan

Tengah

ETCM Glenmarie

Tengah

ETCM Jalan Raja Laut

Selatan

ETCM Semabok

Selatan

ETCM Muar

Sabah

ETCM Sandakan

Sarawak

ETCM Miri

 

Tarikh dan lokasi Siri Jelajah Nissan di Seluruh Negara:

 

Tarikh

Lokasi

3rd – 6th Januari

Melawati Mall, Ampang, Kuala Lumpur

4th – 6th Januari

Ipoh Parade, Ipoh, Perak

7th – 13th Januari

AEON Kota Bharu, Kelantan

8th – 13th Januari

AEON Tebrau, Johor Bahru, Johor

9th – 13th Januari

Queensbay Mall, Penang

9th – 13th Januari

One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor

10th – 13th Januari

East Coast Mall, Kuantan, Pahang

11th – 13th Januari

Kluang Mall, Kluang, Johor

11th – 13th Januari

Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah

18th – 20th Januari

Vivacity Megamall, Kuching, Sarawak

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

 

condo 1

 

 

condo 2

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…