Beli motosikal guna duit syiling!

oleh SALINA JALIL|
Seorang wanita di Demak, Jawa, Indonesia di sini membeli sebuah motosikal jenama Honda dengan harga 20.6 juta rupiah (RM5,791) menggunakan duit syiling.
Modenas

Pengurus kedai, Harum Demak berkata, pembelian motosikal menggunakan duit syiling sudah kali kedua berlaku di kedainya, lapor Detik News.

 

"Saya tidak kisah, sebagai peniaga kita perlu melayan pelanggan dengan baik. Sudah dua kali perkara ini berlaku. Dulu ada orang datang membawa wang syiling bernilai 8 juta rupiah (RM2,247)," katanya.

 

Jelasnya, pengiraan wang syiling milik Siti Barokah mengambil masa dua hingga tiga jam dengan bantuan enam pekerjanya. Menurutnya, pada mulanya, Siti Barokah datang ke premis tersebut untuk membeli motosikal namun tidak mencukupi wang.

 

Kerana wang masih kurang, Siti berunding dengan saya untuk membayar menggunakan duit syiling. Sebagai peniaga, kami mengutamakan perkhidmatan terbaik buat pelanggan.

 

"Yang penting ialah duit syiling atau wang kertas mengikut harga yang dipersetujui," katanya.

 

- sekiranya di sini, adakah para peniaga akan melayan atau menyuruh anda ke bank dahulu dan menukarnya sendiri ke wang kertas? -

 

 

SH

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tidak cukup dengan itu, seorang daripadanya iaitu pelajar tingkatan empat didapati dengan…
Berita Domestik
Minyak enjin 100% sintetik, EMOS 7000E dilengkapi dengan kelikatan kelas SAE 10W-50, dengan…
Berita Domestik
“Hari ini banyak kenderaan mewah klon yang akan kita lelong. Kenderaan-kenderaan yang terbabit kes…