Beli MINI Countryman sekarang, jimat RM26 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model-model yang disasarkan untuk golongan kebanyakan, Malaysia sebenarnya cukup bertuah kerana kita menerima pelbagai jenis crossover untuk berentap di dalam kelas premium.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dengan bermacam-macam pakej yang cukup menarik, sudah pasti anda rambang mata untuk memilih kenderaan yang bukan sahaja menang di hati, malah berbaloi dengan setiap ringgit yang dibelanjakan.

Mungkin tidak ramai yang tahu, MINI Malaysia juga sebenarnya mempunyai model-model dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi (crossover!) untuk disesuaikan dengan gaya hidup aktif warga MINIac!

 

MINI Countryman Pure


Dengan penampilan yang sudah tersedia rugged, MINI Cooper S Countryman Pure hadir dengan beberapa ciri tambahan unik seperti jaluran bonet ikonik, bumbung berwarna hitam, serta rim aloi Black Pin bersaiz 18 inci.

Kemasan unik tersebut diteruskan dengan penampilan trim dalaman Hazy Grey, serta upholsteri kulit Cross Punch dalam warna Carbon Black yang mampu menawarkan keselesaan yang tersendiri.

 


Untuk memastikan Countryman Pure anda gagah di atas jalan raya, ia hadir dengan enjin MINI TwinPower Turbo 2.0 liter empat silinder sebaris yang menjana 192 kuasa kuda dan 280 Nm.

Dengan sistem transmisi Steptronic lapan kelajuan, Countryman Pure ini mampu memecut sepantas 7.4 saat dari 0-100 km/j dan masih mampu memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api purata 6.5 liter untuk setiap 100 km.
 

MINI Cooper S Countryman Sports


Untuk mereka yang mahukan sesuatu yang lebih mengujakan, MINI Cooper S Countryman Sports adalah jawapan yang dicari.

Varian Sports ini membawakan penampilan luaran yang lebih sporti, terima kasih kepada penggunaan kit aerodinamik John Cooper Works seperti bampar hadapan dengan liang udara untuk penyejukan sistem brek, bampar belakang dengan diffuser serta kemasan ambang pintu MINI John Cooper Works.

 


Ia hadir dengan rekaan rim MINI John Cooper Works Course Spoke bersaiz 19 inci yang dibaluti tayar gerak kempis.

Sistem suspensi juga turut ditala semula, di mana spring dan penyerap hentak pneumatik yang lebih keras bagi menjadikan pemanduan MINI Countryman Sports ini lebih dinamik.

Ruang dalaman menerima kemasan yang lebih eksklusif, iaitu alas bumbung daripada Anthracite , roda stereng MINI JCW, upholsteri kulit Cross Punch dalam warna Carbon Black, serta skrin infotainmen yang lebih besar bersaiz 8.8 inci yang dipadankan dengan sistem audio premium Harman Kardon 12 pembesar suara.

 

MINI Countryman Plug-In Hybrid


Varian ketiga di dalam keluarga Countryman adalah khusus untuk golongan yang mahu merasai pengalaman pemanduan di dalam sebuah crossover hibrid yang lebih mengujakan.

Tidak seperti model-model Countryman yang hadir dengan enjin pembakaran dalaman semata-mata, MINI Countryman Plug-in Hybrid datang dengan enjin bersesaran kecil, iaitu nadi 3 silinder sebaris berkapasiti 1.5 liter dengan bantuan unit pengecas turbo di hadapan, dan motor elektrik tunggal yang dipasang pada gandar belakang.

Secara tidak langsung, MINI Countryman Plug-In Hybrid memiliki keupayaan pacuan semua roda MINI eALL 4 yang mampu berperanan menawarkan pengalaman pemanduan Go-Kart tipikal MINI.

 


Dengan angka output keseluruhan 221 kuasa kuda dan 385 Nm, crossover plug-in hybrid ini mampu memecut sepantas 6.8 saat dari 0-100 km/j dan menawarkan penggunaan bahan api serendah 2.1 liter untuk setiap 100 km.

Pek bateri lithium-ion berkapasiti 7.6 kWh ia mampu menawarkan jarak operasi sifar emisi sejauh 42 km menerusi mod pemanduan MAX eDRIVE.

Usah risau kerana MINI Countryman Plug-in Hybrid ini boleh dicaj di rumah menggunakan soket 230V, atau mana-mana 270 stesen pengecasan awam dengan masa pengecasan sekitar 3.15 jam sahaja.

 


Antara ciri standard yang didatangkan termasuklah kemasan jaluran pada bonet, rim aloi MINI Yours Masterpiece bersaiz 19 inci, upholsteri kulit Cross Punch, skrin infotainmen bersaiz 6.5 inci, sistem pendingin hawa dua zon, lampu projektor LED, serta lampu belakang LED.

Untuk menjamin pengalaman pemilikan yang bebas masalah, MINI Malaysia menawarkan jaminan khusus kepada bateri PHEV selama lapan tahun atau jarak perbatuan 160,000 km (yang mana terdahulu).

 


Sudah habis? Belum! Ada lagi!

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan model-model Countryman, MINI Malaysia turut menawarkan penjimatan sehingga RM16,000 dengan kadar faedah serendah 0%, atau penjimatan sehingga RM26,000 jika anda memilih kadar faedah pembiayaan standard.

Jadi, tunggu apa lagi?

Singgah ke mana-mana pusat pameran MINI yang berdaftar di seluruh negara untuk membawa pulang MINI Countryman anda, hari ini!

 

MINI Countryman Pure

 

 

MINI Cooper S Countryman Sports

 

MINI Countryman PHEV

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti MINI Cooper EV, MINI Countryman 2024 akan dibina sepenuhnya di kilang BMW Group di…
Berita Global
Pasukan pereka menyifatkan rekaan MINI Concept Aceman ini sebagai "kesederhanaan berkarisma" (…
Berita Domestik
  Model ini didatangkan dalam warna eksklusif Midnight Black dengan padanan jaluran bonet Brushed…