Seorang pemilik Peugeot bertuah bakal berpeluang untuk memenangi perjalanan berbayar semua perbelanjaan untuk dua orang bagi menyaksikan perlumbaan Bahrain World Endurance Championship 2023 pada 4 November 2023.
Kempen selama 4 bulan itu terpakai untuk mana-mana model Peugeot yang didaftarkan dalam tempoh kempen dari 1 Mei hingga 31 Ogos 2023.

Ia melibatkan setiap pembelian mana-mana model Peugeot seperti Peugeot 2008, Peugeot 3008, Peugeot 5008 dan model trak pikap serba baharunya, Peugeot Landtrek.
Untuk menyertai kempen itu, peserta mesti memiliki kereta baharu yang didaftarkan oleh mana-mana pengedar sah Peugeot sepanjang tempoh kempen.
Kemudian, peserta perlu log masuk ke laman web Peugeot untuk melengkapkan borang penyertaan dengan menghantar slogan kreatif, dimana setiap pembelian hanya layak menerima satu penyerahan sahaja.

Mereka yang berminat untuk memenangi perjalanan ke Bahrain itu boleh kunjungi semua pengedar sah Peugeot atau kunjungi roadshow di beberapa lokasi berikut:
- 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya (31 Mei - 5 Jun)
- Queensbay Mall, Penang (14 Jun - 19 Jun)
- East Coast Mall, Kuantan (21 Jun - 25 Jun)
- Mid Valley Southkey, Johor Bahru (12 Julai - 16 Julai)
- Queensbay Mall, Penang (26 Julai - 30 Julai)