Beli kereta Hyundai baru, pinjaman pelajaran anda Hyundai bayarkan!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hyundai USA kini mensasarkan pemilik baharu di kalangan para graduan yang baharu sahaja menamatkan pelajaran mereka dengan satu cara yang cukup bijak - beli kereta Hyundai, hutang anda Hyundai bayarkan. 

Program baharu dilancarkan itu, Student Assistance akan membayar duit pinjaman pelajaran para graduan sehingga $900 (RM3,674) sekiranya mereka membeli atau memajak kereta Hyundai baharu. 

Hyundai turut bekerjasama dengan Gradifi - pengendali manfaat pinjaman pendidikan di Amerika bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. 

Para graduan hanya perlu mendaftarkan diri di HyundaiStudentAssurance.com untuk memeriksa kelayakan menyertai program ini dan Gradifi akan memastikan setiap langkah pendaftaran adalah tepat dan betul sebelum wang berjumlah sehingga $900 dikreditkan kepada akaun pinjaman pendidikan mereka. 
 


Menurut Hyundai lagi, program ini akan berakhir pada September 2019 dan ianya terhad kepada kawasan California dan Phoenix sahaja buat masa ini. 

Sekiranya sambutan yang diterima menggalakkan, Hyundai bakal memperluaskan tawaran ini ke seluruh negara (Amerika lah!). 

Mungkin idea ini boleh digunapakai di Malaysia untuk menggalakkan pemilikan jenama Hyundai. Siapa sangka bukan? 

Sumber: Motor1