Beli kereta baharu tapi rosak, syarikat terima ganti rugi RM90,000

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah syarikat telah dianugerahkan ganti rugi sebanyak RM90,000 akibat tidak dapat menggunakan kereta yang baharu dibeli daripada sebuah pengedar FA Wagen di Johor Bahru.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hakim Mahkamah Seksyen Mabel Sheela Muttiah membenarkan tuntutan plaintif sebanyak RM1,799 sebagai ganti rugi khas, dan RM88,300 lagi atas kehilangan penggunaan kereta dan faedah seperti yang disebut dalam penyataan tuntutan.

Dalam sebutan kes tersebut, pengurus syarikat Poratha Corporation telah membeli sebuah VW Polo Sedan 1.6 berharga RM105,000 pada 15 Mac 2013 untuk kegunaan isterinya bagi menghantar anak-anak ke sekolah.

Malangnya, kereta tersebut menghadapi masalah mekanikal dan kecacatan yang menyebabkan kereta tersebut tidak dapat digunakan daripada 27 September 2013 sehingga 17 Mac 2016.

Pada ketika itu, kereta tersebut masih tertakluk di bawah jaminan pengeluar, namun sepanjang tempoh kereta tersebut ditinggalkan di pusat servis, plaintif terpaksa menyewa kereta lain pada kadar RM200 sehari dari 15 Okt 2013 hingga 13 Mac 2016.

Berdasarkan bukti yang jelas daripada dokumen mendapati kereta tersebut mengalami banyak kecacatan pada kotak gear serta cagak enjin, selain terpaksa menukar bateri dan tayar kereta baharu itu dalam tempoh yang agak singkat selepas pembelian.

Menurut Muttiah, Akta Perlindungan Pengguna 1999 menyebut bahawa terdapat jaminan tersirat bahawa barang yang dibekalkan kepada pengguna mestilah memiliki kualiti yang boleh diterima.

“Mahkamah mendapati bahawa peruntukan undang-undang ‘kualiti yang boleh diterima’ dan ‘sesuai untuk tujuan’ boleh diguna pakai sepenuhnya dalam kes ini,” kata beliau.

Terdapat juga bukti kata Muttiah, bahawa kereta itu tidak selamat dipandu kerana cakera brek yang rosak menyebabkan gegaran ketika membrek, tempat duduk pemandu bergerak-gerak dan tidak terkunci dalam kedudukan yang selamat, dan penyaman udara rosak.

Kata beliau, tidak ada pakar Volkswagen yang dipanggil untuk mengesahkan hujah pembelaan defendan.

Muttiah juga menyarankan agar kerajaan melihat kepada “Lemon Law” yang memberi remedy kepada pembeli kereta dan barangan pengguna lain untuk mendapatkan pampasan bagi produk yang berulang kali tidak menepati standard kualiti dan prestasi.

FA Wagen dilaporkan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.


Sumber: Free Malaysia Today

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Jhoni Eka Putra, pemandu itu ialah seorang usahawan yang…
Berita Domestik
Mangsa, Wong Chee Foong, 52, bapa kepada empat anak berusia antara 3 hingga 15 tahun, mengalami…
Berita Global
Nissan menjelaskan, "tindakan undang-undang yang dimulakan hari ini merupakan sebahagian daripada…