Menerusi kerjasama ini, pengguna Setel boleh membeli pelan insurans motor AXA - SmartDrive Enhanced, di mana mereka boleh menerima sebut harga segera, membuat pembelian dan menerima e-polisi, semuanya menerusi satu aplikasi sahaja.
Pelanggan juga boleh mendapatkan mata ganjaran Setel dengan setiap pembelian insurans motor.

Pelan yang ditawarkan ini menawarkan perlindungan yang lebih fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut ketetapan masing-masing, seperti perkhidmatan tunda percuma sehingga 30 km, bantuan kecemasan tepi jalan 24/7, waranti pembaikan, serta manfaat tambahan seperti perlindungan cermin depan, banjir dan bencana alam, penepian pembaikan dan banyak lagi.
Pelanggan terawal yang membeli insurans menerusi aplikasi Setel ini akan mendapat diskaun 10 peratus, selain diskaun tanpa tuntutan (NCD) bermula 28 Februari - 27 Mei 2022.
Malah, 500 pengguna pertama yang berjaya membuat pembelian insurans menerusi Setel akan menerima e-Baucar Penghantaran KFC bernilai RM20 untuk tempoh masa terhad (28 Februari - 27 Mac).