Beli Defender sebelum tamat, simpan dan kini untuk dijual!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Land Rover Defender 110 Twisted One of One
Land Rover Defender 110 Twisted One of One
Pada tahun 2015 seorang individu bernama Charles Fawcett telah memesan lebih 200 Land Rover Defender dan beliau sendiri berkunjung ke kilang pemasangan Defender di Solihull, United Kingdom.

16 buah Defender 110 dipilih khas mengikut nombor casis dan tarikh pemasangan supaya mempunyai keunikan tersendiri. Semua unit itu didaftarkan pada tahun 2016 selepas pengeluaran tamat.

Individu tersebut merupakan pengasas Twisted Automotive, syarikat pakar dalam baik pulih dan ubah suai Defender dan telah beroperasi lebih daripada 20 tahun.  
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Land Rover Defender 110 Twisted One of One

 

Kesemua 16 buah Defender 110 tersebut disimpan dan kini dibuka untuk jualan, jarak pemanduan pula tidak sampai 48.2 kilometer.

Inilah yang dikatakan sebagai NOS atau new old stock! Daripada 16 buah, hanya ada satu Utility Wagon dan Station Wagon untuk setiap warna.

Kesemua unit tersebut adalah varian XS yang merupakan spesifikasi Defender tertinggi pada masa itu.

Walau bagaimanapun, kesemuanya akan dibuat mengikut gaya Twisted dan berdasarkan citarasa dan pilihan pelanggan dan jip edisi terhad ini dipanggil One of One.

Ada dua rangkaian kuasa yang ditawarkan iaitu TVS 2.3L turbo petrol TTD 2.2L turbo diesel.

 

Land Rover Defender 110 Twisted One of One

 

Berikut adalah ubah suai dan kelengkapan jip One of One:

Rangkaian kuasa

TVS

  • 2.3L turbo petrol 308 bhp, 474.5 Nm
  • Pengecas turbo twin scroll
  • Rod penyambung dan aci engkol acuan keluli
  • Transmisi manual enam kelajuan

TTD 

  • 2.2L turbo diesel 174 bhp, 420 Nm
  • Naik taraf ECU
  • Penapis udara berprestasi
  • Set ekzos besi tahan karat daripada DPF back
  • Transmisi manual enam kelajuan

 

Land Rover Defender 110 Twisted One of One

 

Pengendalian

  • Set suspensi Twisted dengan gegelung dual rate, penyerap hentak redaman custom
  • Palang anti oleng yang dipertingkatkan
  • Brek enam omboh di depan dan empat omboh di belakang
  • Casis dengan lapisan baharu

Luaran

  • Bahagian depan dengan kelengkapan Twisted tahap satu
  • Lampu DRL dan lampu pemanduan pada bampar
  • Pemijak sisi dengan bahagian atas warna hitam
  • Roda aloi Twisted Classic 
  • Tayar BF Goodrich AT
  • Anggota silang (crossmember) dengan lapisan cat untuk memanjangkan jangka hayat.

 

Land Rover Defender 110 Twisted One of One

 

Dalaman

  • Bahagian dalaman ditanggalkan, panel dijajar semula
  • Penebat bunyi dua lapis 
  • Karpet premium warna hitam
  • Kemasan kerusi dan dalaman dibuat mengikut kulit dan sulaman tempahan pelanggan
  • Stereng balutan kulit
  • Sistem media double din dengan Apple CarPlay!
  • Radio DAB
  • Kamera undur
  • Sistem audio premium untuk kualiti bunyi cemerlang

Ada beberapa lagi ciri istimewa pada Defender versi Twisted ini dan tempahan sudah pun dibuka dengan penghantaran bermula 2023.

 

Land Rover Defender 110 Twisted One of One

 

Berkenaan harga, model lima tempat duduk Utility Wagon 2.2 TTD  dijual daripada £135,000.00 (RM704,650) dan £174,500.00 (RM910,825) untuk TVS. 

Model tujuh tempat duduk Station Wagon 2.2 TTD pula bermula daripada £145,000.00 (RM756,846) dan £184,500.00 (RM963,021) untuk versi TVS.

Harga Defender memang keras apatah lagi yang siap begini!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Land Rover Defender 110 Twisted One of One

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…