Beli bahan api dari tebusan mata ganjaran Mesra melalui Setel

oleh SALINA JALIL|
Aplikasi terbaharu dari Petronas dengan penyelesaian e-pembayaran pembelian bahan api secara langsung melalui telefon mudah alih pertama di Malaysia melalui mata ganjaran Mesra.

Setel akan mempermudahkan pembelian bahan api dengan mudah, lancar dan lengkap kerana ia diintegrasikan terus ke pam bahan api.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Peningkatan fungsi penebusan mata ganjaran tersebut merupakan langkah lanjut Setel untuk mengintegrasikan aspek-aspek pengisian bahan api ke dalam satu platform tunggal. Dengan ciri baharu ini, ia sekaligus meningkatkan pengalaman dan keselesaan pelanggan di stesen Petronas.

 


“Memandangkan program kesetiaan Mesra terus menjadi pilihan ramai pengguna, ciri baharu ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Setel sebagai penyedia pengalaman peruncitan digital yang mudah. Pembayaran untuk bahan api serta penebusan manfaat mata ganjaran tidak pernah semudah ini,” kata Iskandar Ezzahuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Setel.

 

 

Bagaimana cara penebusan mata ganjaran Mesra? Ikuti langkah-langkah berikut:-

 

1. Anda perlu memuat dan mengaktifkan kad Mesra mereka di aplikasi Setel. 


2. Anda boleh menebus RM1 untuk setiap 100 mata ganjaran yang akan ditambah kepada baki dompet Setel. 


3. Nilai kredit ini boleh digunakan untuk membeli bahan api dengan serta-merta. Anda juga diberi pilihan untuk menetapkan mata ganjaran yang ingin ditukarkan kepada kredit untuk menebus bahan api pada bila-bila masa di stesen Petronas.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad (PDB), Dato' Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir berkata, “Integrasi Setel dan Mesra pada satu platform mewakili satu lagi pencapaian besar bagi PETRONAS dalam memahami keperluan pelanggan serta membolehkan pelanggan untuk Move Like Never Before

 

Selari dengan perkembangan rangkaian peruncitan PDB, ciri-ciri baharu seperti ini memainkan peranan penting untuk menjana minat pelanggan, dengan menawarkan pembayaran bahan api serta penebusan mata ganjaran kesetiaan yang paling mudah dalam industri peruncitan bahan api.”
 

 

Pelanggan Petronas yang juga merupakan ahli Mesra akan menerima 3 mata ganjaran bagi setiap liter bahan api yang dibeli. Ia merupakan kadar pertukaran yang tertinggi untuk program kesetiaan bahan api di Malaysia.

 

Sebagai contoh, pembelian 50 liter (RM2.08/liter) bahan api akan memberikan 150 mata ganjaran Mesra, yang boleh ditukarkan kepada bahan api bernilai RM1.50.

 

Aplikasi Setel boleh didapati secara percuma daripada iOS dan Android melalui Apple Store dan Google Play. 


Kini, Setel boleh digunakan di 277 stesen Petronas di Lembah Klang. Untuk senarai penuh stesen Petronas yang boleh menggunakan Setel, sila layari www.setel.my.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023, kempen Mesra Bonanza Lagi Onz ini menawarkan hadiah…
Informasi
  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani, berkata sebagai sebahagian…
Berita Domestik
Ia dimulakan dengan kempen tahunan PETRONAS Coffee Break, salah satu kempen keselamatan jalan raya…