Projek pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada empat lorong kepada enam lorong akan dilanjutkan dari Sedenak hingga ke Simpang Renggam, dengan kos RM931 juta.
Sementara itu, projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan,
Proses tender bagi 19 pakej kerja projek Pan Borneo Sabah Fasa 1b dengan jajaran 366 km melibatkan kos RM15.7 bilion akan diselesaikan bulan November ini.
Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Fasa 2 dengan jajaran lebih 320 km melibatkan kos hampir RM7.4 bilion juga akan mula dilaksanakan pada penghujung tahun ini.